twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada Yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untuk ku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam

Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang, terbilang
Iman di dada mengiring langkah



p/s : mekasih kumpulan UNIC atas lagu dan lirik yang best ni...sangat mendalam maksud tersirat dalam lagu ini....mekasih pada sahabatku Nurul Huda dan Nur Ain sebab memperdengarkan lagu ni waktu zaman2 kita nakal2 kat poli dulu...da dewasa ni aku semakin menghargai kehidupan aku....mekasih teman...=)


sambil aku blogwalking ke blog orang lain aku terbaca artikel yang aku rasa 
sangat menarik untuk di kongsi...sebab dari artikel ini mbuatkan aku menjadi lebih 
yakin pada diri aku dan belajar untuk menjadi seorang 
yang sabar dan pasrah atas apa yang berlaku.....



JODOH ,   MESTIKAH   DIKEJAR  ?


“Oh ibu, usiaku sudah lanjut, namun belum datang seorang pemuda pun meminangku? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?” Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma’zhum yang kaya raya.

Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat si puteri. Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh.

Namun sayang usaha si ibu tidak juga menampakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nampak batang hidungnya.

Melihat keadaan ini, tentu saja gadis Bani Ma’zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa menjadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?”
Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah akhirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan.

Kenapa si pemuda itu bersedia menikahi gadis Bani Ma’zhum yang telah tua itu..? Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan kekayaan Rithah yang melimpah ruah.

Sebaik sahaja si jejaka telah berhasil menggunakan sebahagian harta Rithah, dia pun pergi tanpa pesan dan kesan…. Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menjadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi.

Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengatakan, “ Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau.” (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman)

AI-Qur’anul Karim mengabadikan kisah gadis Bani Ma’zhum ini dalam surat An-NahI ayat 29, “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali…” Yang dimaksud Al-Qur’an dengan ‘wanita pengurai benang yang telah dipintal’ tidak lain adalah Rithah Al-Hamqa.

Dalam ayat tersebut, Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian, banyak ibrah yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum tersebut.

Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.

Episod Rithah juga mengajar kita untuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Kalau ibu Rithah mendatangi berbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul Doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sendiri telah berfirman: “Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepada-Ku…” (QS.2:186)

Dengan ayat tersebut, Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan pada-Nya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkiri janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, “Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepada-Nya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa.”

lbrah berikutnya yang dapat kita petik, ialah memupuk sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah semakin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45, “Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya.”

Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang – wallahu a’lam – sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam masalah jodoh malah membuat kehidupan selepas pernikahan jadi tidak seindah semasa masih bujang.

Di samping itu, kita pun harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung sekali menjadi orang-orang mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan bersabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya.

Kisah gadis Bani Ma’zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan sesuatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepada-Nya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. “Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui.” (QS. 2:216)

Akhir sekali, kisah Rithah memberikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat dia ‘gila sasau’. Bagi kita, tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’la pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah). (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.

Seorang penyair dari Seberang yang terkenal, Chairil Anwar pernah menulis puisi:

Tuhanku
Dalam termangu, aku masih menyebut nama-Mu
Walau susah sungguh
Mengingat kau penuh seluruh.
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Remuk.
Tuhanku
Di pintu-Mu aku mengetuk
Aku tidak bisa berpaling.

(dari petikan puisi ‘DOA’ – Chairil Anwar)

Chairil Anwar sampai begitu sekali dalamnya mencintai Allah dalam sajak tersebut, mengapa kita tidak boleh? Wallahua’lam bissawab.


InsyaAllah......

aku berjanji.......

aku akan cuba mengubah dirinya ke arah jalan yang benar

kerana dengan itu..

aku juga akan belajar mengubah diri aku

dan keluar dari dosa silam......

Ya Allah....berikan kekuatan kepadanya dan diri aku dalam menempuh pancaroba hidup ini....

sesungguhnya kami hanya insan yang lemah....

dan tidak dapat lari dari melakukan dosa.......

tabahkanlah hati kami untuk terus berada dilandasan Mu Ya Allah....

Amin...Ya Rabbal Allamin........


Ape menda aku nak tulis tadi ye....

tetiba je lupa daaa.....

haishhhh......

tapi tangan gian je nak menaip....

xpela...nanti ade idea aku tulis ape aku nak tulis.....=p


Ape perasaan orang lain kalau orang yang rapat dengan dia suka cari pasal ngan suka sakitkan hati kita???rasa bengang giler kan...ape perasaan kita kalau gurau kita tu orang anggap serius sampai mencetuskan pergaduhan walhal xde menda pon gurauan tu...rasa macam nak kasi pelempang je....tapi aku ni bukan jenis camtu...tak tau la napa..kalau ikut hati ni da macam2 aku makan hati tengok perangai manusia sekeliling aku ni..tak boleh ke xsakitkan hati aku ni???mentang2 aku xbanyak cerita,aku diam je..semua nak pijak aku...adik beradik aku pon xrespek aku...ape?diorang ingat aku ni adik2 diorang ke?kadang2 aku menangis dalam hati,,,kenapa la aku dilahirkan sebagai anak sulung yang langsung tak boleh menunjukkan yang aku ni boleh memberontak macam adik2 aku tu..suka2 hati nak menyakitkan hati orang lain pastu wat macam xde ape2 yang berlaku..eee....sakit sebenarnya bila kita hanya mampu menyimpan je perasaan marah,geram,bengang tu dalam hati...kalau bersuara kang aku yang kena balik..mana hak aku untuk bersuara dalam rumah ni??????

p/s : sekurang2nya blog aku ni jadi penyelamat aku untuk melepaskan geram aku..sekarang aku da ok dan boleh tersenyum kembali....=)


Alhamdulillah...kenduri semalam berjalan dengan lancar...x sangka ramai yang datang untuk mendoakan semoga roh arwah onyang tenteram dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh...sepanjang hari tu memang agak sibukla menyiapkan segala macam bahan2 nak masak..ramai juga datang menolong semalam..keje aku mengupas segala menda yang boleh dikupas je..hehehe..masak???mak aku cakap masak untuk orang ramai aku lom boleh dapat lesen lagi..hahaha...pepaham la ape maksudnya ye...hihihi...

masa tengah sibuk2 tu makcik aku boleh pulak merisik tanya aku pasal kisah lalu..aku cuma tersenyum dan bercakap masing2 dah ada kehidupan sendiri..kisah lalu xperlu dikenang lagi..makcik aku meluahkan dia tengah risau tengok anak2 dara dia cam xde feel je nak kawen padahal masing2 umur da semakin meningkat...aku cakap kat makcik aku tu,soal jodoh ni xboleh nak dipaksa..semua datang dengan sendiri..kalau ikutkan anak makcik aku tu semua cantik2 dan bkerjaya hebat..tapi xtau kenapa macam liat je nak kawen..mungkin merasakan diri mereka agak hot kot??yang aku xleh nak tahan makcik aku siap bisik kat aku..kalau aku ade kawan2 suruh aku rundingkan dengan sepupu aku tu..hadoii...aku pon xde lagi nak tolong sepupu aku lak...dulu aku da tolong tapi macam hampeh je sepupu aku tu layan orang tu..dah la baik,pegangan agama kuat,ada kerja tetap senang2 je dia rijek!!sampai mak aku marah aku dari camtu baik aku je dengan dak lelaki tu..nak wat cmne...masa tu hati,minda,perasaan semua kat insan tu..mungkin bukan jodoh aku kot..xpe laa..

semalam pon terjadi 1 menda kelakar..wah..malu betul kat makcik2 yang datang menolong tu..hahaha...aku nak tolong hantarkan pinggan kat mak long aku ntah macam mana aku pon xtau dari mana cicak tu datang melekap kat baju aku..aku tengok xley blah cicak tu ley jelir2 lidah pandang aku wat muka kesian..ape lagi menjerit aku sambil jentik cicak tu gi kat adik aku..hahaha...memang kecoh giler laa...yang xley tahan tu boleh lak aku steady pegang pinggan banyak2 tu dengan 1 tangan je...hahaha...masa2 terdesak macam boley jadi..kalau xkuat pegang mau la pecah pinggan2 tu sume...makcik2 aku da gelakkan aku cam hape je...malam semalam pon ntah kenapa jodoh aku ngan incik cicak je...masa nak tolong hantar pinggan kat tetamu semalam ade sekor cicak lagi menyelit celah pinggan...aku ngan sepupu aku menjerit cam hape je terkejut...malu giler laaa!!!!!!!!!!!!!semua orang gelakkan aku!!!malam semalam xmasal kena usik ngan sedara mara aku malam ni jangan ko mimpi kawen ngan cicak dah la..!selisihan!haishhhhh!!!!


p/s : kepada incik cicak..aku nak mintak maap eh kerana aku telah menyepit ko kat celah pinggan tu..sape suruh ko myibuk kat situ..padan muka...hahahaha!!!!


aku sangat benci bila aku mula menangis untuk perkara yang xpatut aku tangisi...aku rse macam teruk sangat...kenapa susah sangat aku nak hilangkan semua benda yang da blaku dalam hidup aku sepanjang hayat aku sekarang...aku da xnak menangis lagi..tp kenapa air mata aku ni nak keluar je...aku xsuka situasi macam ni!!!!


aku baru melepasi saat2 genting yang penting dalam hidup aku...kadang2 agak susah untuk kita memaafkan segala salah dan silap org yang pernah kita sayang..tapi,bila hidup tanpa kemaafan ibarat macam tidur malam xlena..asyik terkenang2...seharusnya biarkan ianya berlalu tanpa ada rasa dendam..ibarat kata Aishah kemaafan itu merupakan dendam yang amat indah...sekurang2 itu menunjukkan bahawa kita terlepas dari harapan yang tak pasti...mungkin tuhan nak tunjukkan kita bagaimana cara menghargai perasaan orang lain selepas ini...aku rasa lega sangat sebab aku da dapat melepaskan apa yang terbuku dalam hati aku selama ini..pasni apa yang jadi keatasnya bukan kaitan aku lagi...aku da ade kehidupan aku sendiri..dan aku takkan tutup pintu hati aku untuk menerima cinta baru...aku doakan semoga teman baru itu boleh menerima kelemahan dan kekurangan diri aku dan menerima keluarga aku seadanya...so,...ada sapa2 berani2 mau masuk line???hahaha....


lama aku xupdate blog aku ni..salah 1 kekangan line...pagi2 mmg syok giler line..da tgh hr sket cam jibraun je line aku...so pg2 la masa aku nk mencari keje,main fb,chat ngan kawan2...

hmm....bila aku kenang balik segala yang dah berlaku dalam hidup aku ni,kadang2 rasa macam ada kala aku macam menolak tuah..contoh dalam cinta...wape kali aku berjumpa orang yang baik dan ikhlas menyayangi aku tapi aku menolak dy...kadang2 aku tfikir kenapa aku xpernah nampak keikhlasan hati mereka dalam cuba menawan ati ni..aku boleh pandang sepi je..bila aku kenang2 kan..macam kenapa aku selalu wat keputusan yang salah dalam menentukan hala tuju hidup aku..kenapa ye....terkadang macam aku tak mampu untuk wat keputusan untuk diri aku...kenapa....ini masa depan aku..aku yang berhak menentukannya...berapa banyak tuah yang datang pada aku tapi aku tolak mentah2....kenapa ye.....banyak sangat ke dosa aku ni.....