twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

hmm...boleh percaya ke dengan mimpi?aku pun xpasti sangat dengan mimpi sebab bagi aku semua itu mainan tidur je..tapi, kadang2 aku dapat petunjuk dari mimpi juga...cuma mimpi semalam aku xpasti....betul ke apa aku alami itu...tapi dengan siapa....tak pernah aku mimpi macam tu sepanjang aku hidup ni...serius...aku jadi risau sangat..sebab aku xtau sapa yang akan datang dalam hidup aku ni.....curious sangat....adakah......ermmmm.....


** sekadar berkongsi artikel yang aku rasa amat menarik...jikalau minat bacalah..jika tidak abaikan sahaja artikel ini...=)




“LOVE comes with a dark package. Along with it comes jealousy, fear, sorrow, anger, hatred, and grudge..which, from all these, comes PAIN” – Isaac Hackiyev

CINTA datang bersama satu pakej yang gelap. Dengannya datanglah cemburu, kebimbangan, kesedihan, kemarahan, kebencian, dan dendam..yang semua ini mendatangkan SAKIT HATI. (payah aku nak terjemah secara harfiyyah)

Aku tak peduli sangat siapa Isaac Hackiyev, tapi memang jelas apa yang disebutkannya itu merujuk kepada CINTA SESAMA MANUSIA.

1.CEMBURU
Ya, bila ada rasa cinta pada seseorang, pasti akan terbit perasaan cemburu. Cemburu apabila si dia memberi perhatian yang lebih kepada orang lain..cemburu apabila si dia menunjukkan rasa suka atau tertarik kepada orang lain.

Cinta pada Allah pasti tidak akan menerbitkan perasaan cemburu..kerana kita sedar diri kita hanyalah HAMBA kepada PEMILIK ALAM SEMESTA.

2.KEBIMBANGAN
Kita bimbang setiap kali si dia berjauhan. Bimbangkan keselamatannya, bimbangkan kesukaran yang dihadapi si dia. Bimbang apabila si dia ditimpa masalah. Bimbang ditinggalkan oleh si dia. Bimbang kehilangan si dia. Bimbangkan segala-galanya!

Cinta pada Allah, tiada apa yang perlu kita bimbangkan. Kerana kita tahu DIA bersifat yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. Dan tiada apa pun yang mampu buat kita kehilangan Allah Yang Maha Perkasa.

3.KESEDIHAN
Sedih apabila si dia dilanda musibah. Sedih apabila dia jatuh sakit. Dan sedih apabila si dia pergi meninggalkan kita buat satu tempoh yang lama, ataupun selama-lamanya. Ah, si dia bercakap dengan nada suara yang tinggi pun dah boleh buat kita rasa sedih.

Cinta pada Allah: “Janganlah kamu takut, dan janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”

4.KEMARAHAN
Kita marah apabila si dia disakiti orang lain. Kita marah apabila si dia digoda oleh orang lain. Kita pasti akan merasa teramat marah jika si dia dicerobohi (dicabul, dirogol, dianiaya) oleh orang lain.

Dengan cinta pada Allah, kita hanya wajib marah apabila agamaNya dihina. Selain dari hal itu, Islam menyuruh kita mengawal perasaan marah. Kerana marah yang keterlaluan membuka pintu di hati kita untuk Syaitan.

5.KEBENCIAN
Ah, pasti kita akan terasa benci kepada apa saja yang menyakiti orang yang kita cintai. Kemarahan mudah sahaja berubah menjadi kebencian. Kita juga mungkin akan membenci apa saja yang membuatkan diri kita kurang dicintai oleh si dia.

Cinta pada Allah: Kita hanya disuruh untuk benci pada kemungkaran. Bukan setakat benci tetapi mengubahnya menggunakan lisan ataupun tindakan sekiranya mampu.

6.DENDAM
Ya..Benci boleh bertukar menjadi dendam. Apabila kebencian terlalu memuncak, dendam akan muncul. Dendam ertinya mengharapkan kemusnahan kepada seseorang (ataupun sesuatu).

Cinta pada Allah: tiada dendam. Allah menyuruh kita memiliki sikap memaafkan. Allah sendiri bersifat Maha Pengampun…’Tawwaba’..ertinya pantang ada orang minta maaf, pasti dimaafkan olehNya. Ya, kecuali jika melakukan syirik.

7.SAKIT HATI
Hmm..Bila dah ada perasaan yang banyak-banyak tadi; cemburu buta, kebimbangan yang melampau, kesedihan yang keterlaluan, kemarahan yang meluap-luap, kebencian yang mendalam, dan dendam yang memakan diri….pasti akhirnya HATI kita yang SAKIT.

Maka akhirnya cinta tidak lagi membahagiakan, tetapi bertukar menjadi sesuatu yang amat menyakitkan. Berbaloikah lagi CINTA?

Maka, jika anda ingin menyintai seorang manusia, maka bersedialah..untuk memikul kesemua emosi yang bakal datang bersamanya.

Haa..dah takut? Tak perlulah anda takut pula..Cinta sesama manusia itu bukanlah sesuatu yang buruk, atau perkara yang dilarang. Hanya pastikan, jangan sampai cinta anda pada seseorang melebihi cinta anda pada ALLAH.

Dengan begini, anda tahu bahawa Dialah tempat mengadu yang sebenar-benarnya…tempat mencurahkan kasih yang paling utama. Yang anda tahu, CINTA anda pasti tidak akan dipersia-siakan olehNya. Kemudian barulah boleh cinta pada manusia.

Ya..tak salah untuk menikmati cinta sesama manusia…tetapi cinta ni pun macam makanan juga…hanya yang HALAL saja dibenarkan. Ah, sudah pasti apabila anda ikhlas memilih cinta Allah, anda dengan sendirinya akan cuba untukmenjauhi yang haram. Dengan cara ini saja kita boleh terselamat daripada SAKIT HATI.

Maka, kesimpulannya…cinta yang HALAL itu berkat, cinta yang HARAM itu mendatangkan mudarat. Yang berkat mendatangkan manfaat dan ketenangan, yang mudarat tu akan mengakibatkan kegelisahan dan dukacita yang berkekalan.


Di mana bermula kemana hala langkah
didalam mencari diriku diuji

kubiar rinduku menanti bayanganmu
kecewa, gelisah dihambat masa...

hanya satu harapan dihati
agar aku dikasihi
aku rela mengabdikan diri
demi cintamu suci murni..

memang aku dah kuat untuk menghadapi kemungkinan masa depan..tapi aku xboleh tipu diri aku sendiri..memang aku merinduinya..rindu sangat2...sememangnya kenangan itu memang xboleh dipadamkan sama sekali dalam halaman hidup aku ini..kenangan aku dengan dia yang membuatkan dia sentiasa ada dalam hati aku ini..tapi semua itu dah terlambat...sakit sangat bila kenangan itu datang kembali dalam hidup aku..sememangnya betul kata orang..seseorang lelaki itu sangat beruntung jika dia menjadi cinta pertama si gadis..si gadis sangat bertuah jika dia menjadi cinta terakhir seseorang lelaki itu..dia beruntung kerana memperolehi cinta aku..tapi aku yang xde luck untuk jadi cinta terakhirnya..xpela..mungkin Tuhan ingin menguji aku sejauh mana tabahnya hati aku dalam menghadapi saat2 macam ni andai aku bertemu cinta lagi...chaiyok Aishah!!!...=')


adik2 ku....
dengarlah luahan hatiku ini..
yang tak pernah kamu ketahui....
apa yang kakak mu ini rasa dan pendamkan selama ini....

Angah...
aku amat menyayangi diri mu...
pertalian antara kita sangat kuat sehingga aku mampu merasakan apa yang sedang kamu alami..
walaupun kamu cuba menyembunyikannya....
cuma egomu itu yang menghancurkan semuanya...
ketahuilah...aku amat menderita kerana keegoan mu itu...
demi sayang dan ingin melihat kamu bahagia
aku sanggup mengorbankan kebahagiaan aku sendiri...
aku sanggup melupakan cintaku demi kerana kamu...
tapi,pernah kamu menghargai pengorbanan aku itu....
malah hati aku kamu sakiti lagi....
tak bolehkah kamu berikan sedikit kebahagiaan pada diri aku ini....

Adik..
kasih sayang aku padamu tetap tak berbelah bahagi...
walaupun aku sering terluka hati kerana kamu...
ku akui kamu sangat manja...
tapi,kemanjaan kamu itu membuatkan hati semua orang terluka...
manja itu menjadi pembunuh secara senyap...
tidakkah kamu sedari kamu sering melukakan hati mak?
bagi aku luka itu sudah biasa bagi aku kerana selalu aku dilukai oleh kamu berdua
tapi,tolonglah berhenti melukakan perasaan orang yang telah membuat kita dapat melihat dunia ini..
aku tak sanggup lagi melihat air mata mak lagi...
kamu berdua tak mengerti apa yang berlaku...
hanya kakakmu ini saksi kesedihan mak atas sikap kamu berdua....

tak mampu lagi aku nak menulis...sayu sangat hati aku ni....kenapa aku xpunya adik2 yang boleh menghormati dan memahami perasaan orang lain?aku berusaha menjadi seorang kakak yang baik untuk adik2 aku..bila dalam kesusahan aku pertahankan mereka,tapi kenapa bila aku dalam kesusahan mereka xboleh pertahankan aku,malah menjatuhkan aku lagi..sedih sangat...xpela..aku dah biasa menghadapi situasi macam tu...xde siapa yang boleh aku percayakan melainkan diri aku sendiri..sapa yang peduli aku sedih,gembira,ada masalah besar yang aku pendamkan sendiri..semua xperlu tahu..xpela..dah ini nasib aku...cuma aku sangat marah bila mereka sakiti hati mak..mak banyak berkorban untuk mereka..malah aku sendiri pernah berasa sangat sedih sebab mak dan abah selalu mengikut kehendak dan menyokong segala apa yang mereka buat..bila aku luahkan pendapat selalu marah je yang dapat..aku pon xpernah rasa dimanjakan seperti adik2 aku tu..ikutkan hati banyak sangat aku makan hati..tapi aku xpernah melawan...kalau biru kata mak abah,biru la aku ikut..walaupun aku rasa aku xpernah dapat layanan yang istimewa macam adik2 aku..sering sakit hati ni disakiti...apalah salah aku...walaupun aku dilayan macam tu,aku xpernah berdendam..malah aku cuba pamerkan senyuman pada wajah aku walaupun aku menyimpan semuanya sangat rapi dalam hati aku ni..sangat sedih...cuma,aku mampu berdoa semoga 1 hari nanti terbuka mata mereka untuk melihat segala pengorbanan aku dalam keluarga ini walaupun mungkin masa itu aku dah xde atas muka bumi Allah lagi..


terasa cepat benar masa berlalu...apa taknya...baru je aku rasa saat umur aku menginjak 20 dulu..tup2 da nak masuk 26 tahun da...memang masa sangat pantas dan xmenunggu kita...lagi 4 tahun da masuk alam 30an pulak..wow..masa tu aku xtau aku jadi apa kot masa tuh...tapi serius aku merindukan saat umur aku sekitar 19-21 tahun..banyak menda baru aku terokai masa umur tuh..tapi tulah...kita xmampu nak putar balik masa tu..semuanya hanya tinggal memori pahit dan manis yang akan dibawa sepanjang kehidupan sebagai anak manusia di atas muka bumi Allah ni sampai kita tutup mata...kalau dikenang2 balik memang banyak kesilapan yang aku buat sampai adanya jadi sia2 je...nak menyesal memang xguna dah...apa yang penting jalan seterusnya aku perlu teruskan dan cuba berhati2 agar xberlaku kesilapan buat kali kedua...


saya nak minta maaf.....

sebab saya da menyakiti hati awak....

saya telah buat awak bersedih...

saya insan yang lemah...

sering melakukan kesilapan....

saya xsepatutnya marah awak macam tu....

saya akui terlalu mengikutkan perasaan....

harap awak dapat maafkan saya dan kita kembali bersahabat ye Syafia....




p/s : harap sangat sahabat itu membaca entri ini sebab rasa bersalah sangat2 dengan dia.....


haa...amik ko!!! skali 3 post aku post pagi ni..hahaha...banyak idea aku nak menulis sebenarnya tapi sebab kekangan masa tu so simpan dulu la idea2 tu lam laci otak aku ni...eheheh...

entri kali ni aku nak cerita pasal keputusan hidup dari sudut pandangan aku la..aku banyak tekankan, samada kat facebook aku atau ape2 laman sosial yang aku join yang pengalaman itu mematangkan seseorang dalam membuat keputusan untuk kehidupan mereka. xkisah la keputusan apa..nak keja apa ke, nak kawen bila ke, dengan siapa ke, masa depan kita macam mana ke...tu semua terpulang pada diri kita sebab kita ada hak untuk diri kita sendiri.

jadi untuk diri aku..aku da mula plan untuk masa depan aku..bukan plan 100 hari yang parti politik dok merapu2 sekarang..cakap je lebih, angin je lebih wat tidak. menyampah sungguh dengan senario politik negara sekarang..penuh dengan manusia hipokrit dan mengampu je..WTF!!

so, aku da plan untuk mulakan masa depan aku, aku nak cari keje yang biasa2 je..maksud aku biasa tu yang masih level belajar sambil bekerja.. memang aku layak untuk minta keje yang lebih bagus atau jadi engineer, tapi aku nakkan pengalaman bekerja tu..practice make perfect right? and experience makes people see their past mistakes..(betul ke ayat aku tu??tu je bermain kat kepala aku..hantam je laa...=P)..sebab pengalaman tu la membuatkan kita cuba menjadikan sesuatu tu lebih baik dari sebelumnya..betul???hopefully dapatlah aku kerja secepat mungkin..amin...

pastu da mampu menyimpan untuk diri sendiri, senangkan mak ayah aku baru aku fikirkan bina keluarga..kali ini memang aku jadi sangat choosy dalam memilih bakal suami..tu semua kerana pengalaman lalu..pengalaman lalu membuat aku jadi lebih matang dan lebih mengenali hati lelaki ni macam mana..so, jangan marah aku kalau aku endah x endah pada orang2 yang cuba untuk mengetuk pintu hati ini..sebab dari situ aku menilai hati budi mereka..kalau sabar insyaAllah, Allah akan tunjukkan jalannya..kalau x, dipersilakan cari orang lain..bunyi memang macam sombong, tapi aku da serik untuk sayang orang sepenuh hati aku. cukupla separuh hati aku sayang dia..lagi 75% aku serah lepas kawen je..xnak aku jadi sasau macam dulu..ye2 la sedih macam apa je tup2 senang camtu je cari orang lain?sengal punya manusia...amacam?syokkan?hahaha.

aku da plan dapat je aku kerja aku nak wat simpanan untuk mak ayah aku sekali..untuk menolong mereka masa tua juga..insyaAllah kalau panjang umur lagi boleh bawa mereka ke Tanah Suci Mekah..sesungguhnya jasa mereka memang xmampu aku membalasnya..untung xikut kata hati dulu..ikut hati mati, ikut badan binasa..

hmm...tu je la misi aku untuk sekarang..xboleh nak citer banyak2 sebab aku percaya, bila kita lakukan sesuatu tanpa ada niat untuk menunjuk pada orang lain, insyaAllah, Allah permudahkan niat dan lalukan doanya..semoga termakbulah doa aku ni..amin....


tetiba je aku rajin giler menulis blog comot aku ni pagi2 subuh sepi'e ni..hahahaha...penangan mimpi ntah apa2 terus xboleh nak tido da..geram betul aku kat labah2 tu..terus xboleh tido aku dibuatnya!!!

so, point aku nak citer kat sini bukan pasal labah2 tuh..(hehehe), ni pasal kalau bercinta dengan orang bawah umur...aku tau sekarang da jadi trend perempuan bercinta dengan lelaki yang bawah umur dari mereka...kalau da jodoh xkan nak tolakkan?

bagi aku tu semua terpulang pada individu untuk terima atau tak..sebab ramai jugak kawan2 aku bercinta dengan lelaki bawah umur dan mereka bahagia je..xkisah la walaupun lelaki tu muda 3-4 tahun..janji matang dan memahami jiwa dan perasaan mereka.

bagi persepsi aku pula, kalau da jodoh sudah disuratkan, walaupun lari ke hujung dunia tu Allah tetap akan temukan juga hati tu..cuma dalam konteks ini...wah...aku da wat ayat cam Soal Asyraf plak...hihihi..seboleh2nya harap xterjadi la pada aku sebab sememangnya aku seorang yang pemalu!! pemalu oleh apa? banyak aspek aku malu..antaranya :

1. tanggapan masyarakat kat aku..(bukan pada pasangan aku). orang akan point kat aku juga kalau aku dengan mereka ni..mesti orang cakap xsedar diri betul perempuan tu..da tua nak yang muda..haishhhh...
2. kalau dapat pasangan yang hot ala2 Asyraf Muslim. pon org akan point kat aku cakap nak yang hensem2, yang muda2..padahal tu mungkin 1 bonus buat aku...haisshhh....
3. masa bersanding pon jadi point. orang yang gi kenduri kawen tu selain dari makan free ape lagi tujuan mereka datang kenduri?? yes...nak tengok pengantin..nak2 orang kampung..balik je dari kenduri mula la bercerita pasal kenduri tu..anak si tutttt tuh nampak benar tuanye dari laki dier..muka keras kematu...(ini realiti ye..aku bercakap berdasarkan pengalaman...(T.T))
4. pas kawen pon kene lagi...semua orang nak cepat mengandung..semua nak kejar 'bunting pelamin' tuh..yelah..tu semua kerja Allah S.W.T kan..Dia yang berhak tentukan rezeki hambaNya. tapi....haa...ade tapinya...kalau ada yang lambat mengandung tu mesti automatik orang salahkan perempuankan walaupon kadang2 lelaki pon bermasalah...aku pon xtau la kenapa..mentang2 la kami ni kaum yang lemah..(dulu la..sekarang perempuan semua da kuat..('',)), semua orang nak pijak, nak buli laa??haishhhh.....haa..kalau nak2 perempuan tu banyak umur ape tanggapan orang sekeliling?? mesti orang cakap (ye bini dia da tua memang susah sikit nak dapat anak...T.T)..

memang aku akui..xsemua camtu..tapi, kita tak boleh menidakkan alasan2 kat atas tu kan sebab selagi namanya manusia..mereka akan menciptakan banyak alasan..betul x?

jadi, kesimpulan yang dapat aku buat disini xkisahlah jodoh korang dengan siapa tapi yang penting keikhlasan dan kejujuran tu kunci utama pada 1 hubungan yang kekal sampai ke akhir hayat..lagi 1, bersabarlah bila berhadapan dengan alasan2 di atas atau 1001 alasan yang akan datang..semoga berbahagia bagi semua pasangan yang sedang menyulam cinta...(^_^)


p/s : adik dolphin..kt da cuba menjawab persoalan awk tuh..tapi, kt xnafikan kenyataan awk tu pasal umur bukan penghalang dan cinta itu buta..so, puas ati sekarang??=)


ermmm....kenapa ada manusia yang sanggup menipu untuk cuba menawan hati seorang perempuan? Kamon laa...be gentleman ok... Wanita sekarang semua dah pandai dan educated untuk menilai nilai cinta seseorang lelaki tu.. Tak perlu nak menipu kot... Bagi aku, kejujuran dan keikhlasan sangat penting dalam memastikan hubungan tu bertahan lama atau tak selain dari restu dari ibu bapa. Rupa paras letak bawah sekali.. Tapi aku pelik kenapa masih ada yang sanggup menipu sebab nak tackle perempuan?? Wei..be yourself ok.. Aku xsuka manusia 'plastik' macam ni.. Bila da terkantoi, 1001 alasan yang tak logik keluar.. Bila da kematian kata2 untuk auta pandai pula tuduh perempuan ni busybody la, penyibuk la..kepoh la.. Excuse me... Sapa suruh kamu tu menipu.. Nasib badan la.. Bagi aku walaupun kau kerja besar pon tapi kau xjujur.. Sorry to say la... U not my type of dream man....>D


p/s : mood : bengang + panas ati di pagi2 buta ni!!!


ermm....ape aku nak cakap ye....
banyak menda dalam kepala otak aku ni...
tapi xdapat nak diluahkan.....
macam2 perasaan yang aku pendamkan dalam hati ni....
tapi xdapat nak diluahkan dengan kata2....
bila aku simpan itu yang membuat aku jadi lagi sakit....
tapi bila aku luahkan...keadaan jadi makin ribut pula....
untuk kepentingan semua pihak...baik aku berdiam diri...
selagi boleh bertahan...bertahanlah wahai Aishah.....
ada pon blog peribadi ni xdapat juga dijadikan sebagai tempat melepaskan tekanan aku sekarang...
sabarlah duhai diriku...
semoga kamu tabah menempuh segala dugaan yang mendatang....


semua orang ada impian perkahwinan mereka sendiri..ade yang nak kawen bawah pedang la..atas kapal la..tepi laut la...macam2...xterkecuali aku..hehehe

aikk...tetiba je aku merapu2 pasal kawen ni kenapa ye...hahaha...sebab malam tadi aku mimpi gi kenduri kawen ntah sape ntah dengan seseorang...memang grand sangat2....sayang je baru aku nak melantak udang bakar dia yang wape kali besar tu terus aku terjaga...ape daa.....

impian perkahwinan aku xdela aku nak wat gempak2 sangat...kalau ade budget lebih memang la nak wat elok sikit sebab aku berharap inilah perkahwinan terakhir..aku impikan majlis yang sederhana dan sweet sangat...aku membayangkan perkahwinan aku di sebuah dewan yang dikelilingi oleh hutan yang segar dan menghijau..dan dewan tu terletak di kaki bukit...errrmmmm....ala2 perkahwinan dalam taman la....

pastu aku dok dengan suami aku kat 1 tempat yang xtau la kat mana..dok aman dan bahagia...masa tu aku dengan bakal suami aku tu da ade kerjaya tetap ley menampung kehidupan kami bersama...aku tolong dia,dia tolong aku...ehehehe....best2....

pastu anak aku xnak ramai2...4 orang cukup la...sepasang lelaki perempuan..kalau dapat kembar pon seronok juga...aku nak didik anak aku cara cam cekgu matematik aku zaman sekolah rendah dulu..hahaha...nasib la kamu wahai bakal anak2 ku...hahaha...(gelak besau)

hahaha...berangan memang best.memang xjadi kerja la kalau berangan...tapi, bagus juga angan2 ni...sebab sekurang2nya kita ada perancangan pada masa depan...tu baru berangan sikit...yang lain...coming soon...ngeh3~~~

p/s : afakufu kurindufu afadafa sefesorang...
bufukanfan afadafa sijibonfon...tafapifi afadafa 
oforangfang lafainfin...safakahfah difiyafa????
(sape yang paham ayat aku ni dia memang pandai...xpaham korang cari la makna dia sendiri..hahaha)


mulai esok....

lepas semua selesai.....

aku akan pergi jauh dari kenangan yang pernah terpahat dalam hidup aku dulu....

dia ada kehidupan sendiri......

aku ada kehidupan aku sendiri....

esok hari terakhir aku menghubunginya....

aku mendoakan semoga dia bahagia dengan kehidupan barunya itu.....

sesungguhnya...aku ingin sekali berterima kasih dengan dia....

kerana dia pernah memberi aku peluang untuk merasai dan memahami apa itu CINTA.....

dia pernah memberi aku kebahagiaan walaupun terpaksa berkorban demi melihat aku gembira....

namanya tetap tersimpan dalam lubuk kenangan hidupku....

cuma tiada lagi memori yang perlu untuk dikenang lagi....

kepada dia...aku ucapkan terima kasih atas segala pengorbananmu dan cinta yang pernah kau berikan padaku......

hanya iringan doa aku kirimkan semoga dia bahagia sepanjang menyusuri kehidupannya...

aku maafkan segala kesalahannya pada aku sepanjang percintaan lalu.....

akan aku simpan segala kisah suka dukaku dalam lubuk hati aku yang seorang pun xtau...

selamat berbahagia.....

MKCM......


hanya senyuman je yang dapat mengambarkan perasaan aku sekarang....

so.....

senyum....senyum je wahai Aishah.......

lama aku xsenyum macam ni......

terima kasih ya Allah.....

kerana Kau menganugerahkan semula senyuman dan perasaan setenang ini pada aku....

aku bersyukur ke hadrat Mu.....

ku doakan semoga tiada lagi tangisan yang menyelubungi hidupku....


~~lepas solat maghrib tadi tetiba dada aku rasa berat sangat nak tarik nafas...kenapa ye...sampai sekarang masih rasa berat lagi untuk bernafas....jangan penyakit aku 10 tahun dulu datang balik dah la...ya tuhanku....jauhkan segala penyakit yang berat menimpa aku dan keluargaku...amin....~~


da 3 hari tahun baru 2011 menjelma..2010 melabuhkan tirai dengan pelbagai kenangan yang manis dan xkurang pahitnya...kalau nak diceritakan...pahit lagi banyak kot...tapi alhamdulillah...walaupun kadang2 ianya menguji kekuatan diri aku untuk menempuhinya, sekuranga2 aku bersyukur sebab dalam aku terkapai2 mencari arah tujuan dalam memastikan aku xterus tersesat..ada tangan lain membantu aku dari terus lemas...siapakah pemilik tangan itu????sudah tentunya keluarga aku...mekasih sangat2 kerana banyak menyokong diri aku dan memulihkan diri aku seperti sediakala....sesunggguhnya kasih sayang dari keluarga tu lebih bernilai dari harta berjuta yang xhabis dimakan sampai 7 keturunan tu....walaupun buruk mana perangai kita family juga yang dapat menerima kelemahan kita itu...sayang sangat pada kamu....

sebut pasal azam baru...xberani nak meletakkan azam yang banyak tahun ni...cukuplah dengan iringan doa semoga keluarga aku dilindungi dari bencana dan di murahkan rezeki...aku juga berdoa semoga aku dipercepatkan rezeki untuk kerja sebab aku tak sabar nak melihat mak ayah aku merasa hasilnya dari perit jerih mereka menyekolahkan aku ngan adik2 aku dulu...kawin???hehehe.....susah mau cakap....insyaAllah jika jodoh aku cepat maka akan dipermudahkan segala urusan oleh Allah...kalau x...tunggu je la.....=)