Jan
Jan
0
comments
Posted in
Jan
** sekadar berkongsi artikel yang aku rasa amat menarik...jikalau minat bacalah..jika tidak abaikan sahaja artikel ini...=)
“LOVE comes with a dark package. Along with it comes jealousy, fear, sorrow, anger, hatred, and grudge..which, from all these, comes PAIN” – Isaac Hackiyev
CINTA datang bersama satu pakej yang gelap. Dengannya datanglah cemburu, kebimbangan, kesedihan, kemarahan, kebencian, dan dendam..yang semua ini mendatangkan SAKIT HATI. (payah aku nak terjemah secara harfiyyah)
Aku tak peduli sangat siapa Isaac Hackiyev, tapi memang jelas apa yang disebutkannya itu merujuk kepada CINTA SESAMA MANUSIA.
1.CEMBURU
Ya, bila ada rasa cinta pada seseorang, pasti akan terbit perasaan cemburu. Cemburu apabila si dia memberi perhatian yang lebih kepada orang lain..cemburu apabila si dia menunjukkan rasa suka atau tertarik kepada orang lain.
Cinta pada Allah pasti tidak akan menerbitkan perasaan cemburu..kerana kita sedar diri kita hanyalah HAMBA kepada PEMILIK ALAM SEMESTA.
2.KEBIMBANGAN
Kita bimbang setiap kali si dia berjauhan. Bimbangkan keselamatannya, bimbangkan kesukaran yang dihadapi si dia. Bimbang apabila si dia ditimpa masalah. Bimbang ditinggalkan oleh si dia. Bimbang kehilangan si dia. Bimbangkan segala-galanya!
Cinta pada Allah, tiada apa yang perlu kita bimbangkan. Kerana kita tahu DIA bersifat yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. Dan tiada apa pun yang mampu buat kita kehilangan Allah Yang Maha Perkasa.
3.KESEDIHAN
Sedih apabila si dia dilanda musibah. Sedih apabila dia jatuh sakit. Dan sedih apabila si dia pergi meninggalkan kita buat satu tempoh yang lama, ataupun selama-lamanya. Ah, si dia bercakap dengan nada suara yang tinggi pun dah boleh buat kita rasa sedih.
Cinta pada Allah: “Janganlah kamu takut, dan janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”
4.KEMARAHAN
Kita marah apabila si dia disakiti orang lain. Kita marah apabila si dia digoda oleh orang lain. Kita pasti akan merasa teramat marah jika si dia dicerobohi (dicabul, dirogol, dianiaya) oleh orang lain.
Dengan cinta pada Allah, kita hanya wajib marah apabila agamaNya dihina. Selain dari hal itu, Islam menyuruh kita mengawal perasaan marah. Kerana marah yang keterlaluan membuka pintu di hati kita untuk Syaitan.
5.KEBENCIAN
Ah, pasti kita akan terasa benci kepada apa saja yang menyakiti orang yang kita cintai. Kemarahan mudah sahaja berubah menjadi kebencian. Kita juga mungkin akan membenci apa saja yang membuatkan diri kita kurang dicintai oleh si dia.
Cinta pada Allah: Kita hanya disuruh untuk benci pada kemungkaran. Bukan setakat benci tetapi mengubahnya menggunakan lisan ataupun tindakan sekiranya mampu.
6.DENDAM
Ya..Benci boleh bertukar menjadi dendam. Apabila kebencian terlalu memuncak, dendam akan muncul. Dendam ertinya mengharapkan kemusnahan kepada seseorang (ataupun sesuatu).
Cinta pada Allah: tiada dendam. Allah menyuruh kita memiliki sikap memaafkan. Allah sendiri bersifat Maha Pengampun…’Tawwaba’..ertinya pantang ada orang minta maaf, pasti dimaafkan olehNya. Ya, kecuali jika melakukan syirik.
7.SAKIT HATI
Hmm..Bila dah ada perasaan yang banyak-banyak tadi; cemburu buta, kebimbangan yang melampau, kesedihan yang keterlaluan, kemarahan yang meluap-luap, kebencian yang mendalam, dan dendam yang memakan diri….pasti akhirnya HATI kita yang SAKIT.
Maka akhirnya cinta tidak lagi membahagiakan, tetapi bertukar menjadi sesuatu yang amat menyakitkan. Berbaloikah lagi CINTA?
Maka, jika anda ingin menyintai seorang manusia, maka bersedialah..untuk memikul kesemua emosi yang bakal datang bersamanya.
Haa..dah takut? Tak perlulah anda takut pula..Cinta sesama manusia itu bukanlah sesuatu yang buruk, atau perkara yang dilarang. Hanya pastikan, jangan sampai cinta anda pada seseorang melebihi cinta anda pada ALLAH.
Dengan begini, anda tahu bahawa Dialah tempat mengadu yang sebenar-benarnya…tempat mencurahkan kasih yang paling utama. Yang anda tahu, CINTA anda pasti tidak akan dipersia-siakan olehNya. Kemudian barulah boleh cinta pada manusia.
Ya..tak salah untuk menikmati cinta sesama manusia…tetapi cinta ni pun macam makanan juga…hanya yang HALAL saja dibenarkan. Ah, sudah pasti apabila anda ikhlas memilih cinta Allah, anda dengan sendirinya akan cuba untukmenjauhi yang haram. Dengan cara ini saja kita boleh terselamat daripada SAKIT HATI.
Maka, kesimpulannya…cinta yang HALAL itu berkat, cinta yang HARAM itu mendatangkan mudarat. Yang berkat mendatangkan manfaat dan ketenangan, yang mudarat tu akan mengakibatkan kegelisahan dan dukacita yang berkekalan.
0
comments
Posted in
Jan
1 comments
Posted in
Jan
0
comments
Posted in
Jan
0
comments
Posted in
Jan
0
comments
Posted in
Jan
haa...amik ko!!! skali 3 post aku post pagi ni..hahaha...banyak idea aku nak menulis sebenarnya tapi sebab kekangan masa tu so simpan dulu la idea2 tu lam laci otak aku ni...eheheh...
entri kali ni aku nak cerita pasal keputusan hidup dari sudut pandangan aku la..aku banyak tekankan, samada kat facebook aku atau ape2 laman sosial yang aku join yang pengalaman itu mematangkan seseorang dalam membuat keputusan untuk kehidupan mereka. xkisah la keputusan apa..nak keja apa ke, nak kawen bila ke, dengan siapa ke, masa depan kita macam mana ke...tu semua terpulang pada diri kita sebab kita ada hak untuk diri kita sendiri.
jadi untuk diri aku..aku da mula plan untuk masa depan aku..bukan plan 100 hari yang parti politik dok merapu2 sekarang..cakap je lebih, angin je lebih wat tidak. menyampah sungguh dengan senario politik negara sekarang..penuh dengan manusia hipokrit dan mengampu je..WTF!!
so, aku da plan untuk mulakan masa depan aku, aku nak cari keje yang biasa2 je..maksud aku biasa tu yang masih level belajar sambil bekerja.. memang aku layak untuk minta keje yang lebih bagus atau jadi engineer, tapi aku nakkan pengalaman bekerja tu..practice make perfect right? and experience makes people see their past mistakes..(betul ke ayat aku tu??tu je bermain kat kepala aku..hantam je laa...=P)..sebab pengalaman tu la membuatkan kita cuba menjadikan sesuatu tu lebih baik dari sebelumnya..betul???hopefully dapatlah aku kerja secepat mungkin..amin...
pastu da mampu menyimpan untuk diri sendiri, senangkan mak ayah aku baru aku fikirkan bina keluarga..kali ini memang aku jadi sangat choosy dalam memilih bakal suami..tu semua kerana pengalaman lalu..pengalaman lalu membuat aku jadi lebih matang dan lebih mengenali hati lelaki ni macam mana..so, jangan marah aku kalau aku endah x endah pada orang2 yang cuba untuk mengetuk pintu hati ini..sebab dari situ aku menilai hati budi mereka..kalau sabar insyaAllah, Allah akan tunjukkan jalannya..kalau x, dipersilakan cari orang lain..bunyi memang macam sombong, tapi aku da serik untuk sayang orang sepenuh hati aku. cukupla separuh hati aku sayang dia..lagi 75% aku serah lepas kawen je..xnak aku jadi sasau macam dulu..ye2 la sedih macam apa je tup2 senang camtu je cari orang lain?sengal punya manusia...amacam?syokkan?hahaha.
aku da plan dapat je aku kerja aku nak wat simpanan untuk mak ayah aku sekali..untuk menolong mereka masa tua juga..insyaAllah kalau panjang umur lagi boleh bawa mereka ke Tanah Suci Mekah..sesungguhnya jasa mereka memang xmampu aku membalasnya..untung xikut kata hati dulu..ikut hati mati, ikut badan binasa..
hmm...tu je la misi aku untuk sekarang..xboleh nak citer banyak2 sebab aku percaya, bila kita lakukan sesuatu tanpa ada niat untuk menunjuk pada orang lain, insyaAllah, Allah permudahkan niat dan lalukan doanya..semoga termakbulah doa aku ni..amin....
3
comments
Posted in
Jan
2
comments
Posted in
Jan
3
comments
Posted in
Jan
2
comments
Posted in
Jan
1 comments
Posted in
Jan
3
comments
Posted in
Jan
2
comments
Posted in
Jan
3
comments
Posted in
Jan