Jun
setelah berdiskusi hati ke hati dengan abam pahrin, kami sepakat untuk sambut raya pertama ni di KL sahaja... memandangkan ibu mertua dalam proses sembuh dari pembedahan buang kanser usus tu..Alhamdulillah, ibu mertua semakin stabil...dalam sakit2 pon sempat marah pak mertua pasal salah bawak bantal yang dia nak tu!haha..adoii..mama..mama...perangai big boss tu masih tak hilang lagi...tapi sekurang2 tau la dia dah ok sikit dari sebelum ni..
jadi ikut pada husband la bila dia nak jaga mak dia tu..jadi raya ni kami sepakat untuk balik kampung asing2...pagi raya kedua tu aku balik kampung...suami aku petang tu...aku memang sengaja bagi peluang untuk dia menjaga mamanya..bila lagi nak berbakti pada ibu bapakan...cuma tak pasti sama ada nak beraya di Melati atau BTHO..betul orang cakap, bila mak takde tu nak sambut raya pon tak meriah...
tunggu dan lihat je la ape akan jadi nanti..manusia ni hanya mampu merancang je...yang menentukan hanya Allah je....