twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

bangun pagi ni tetiba terus terfikir aku bangun sebagai seorang yang berusia 20 tahun..amik masa 5 minit untuk perbetulkan otak aku untuk menerima bahawa sudah 6 tahun aku meninggalkan usia itu..hahaha...aishah2...kamu sudah semakin dewasa sekarang....=)






Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami,
hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


credit to http://www.uptomu.net/2011/10/doa-ringkas-selepas-solat.html


dalam setiap masalah, sebenarnya tersimpan mutiara iman yang berharga.  sangat mudah untuk bersyukur saat keadaan baik2 sahaja...tapi, apakah kita dapat tetap percaya pada pertolongan Allah seolah2 tidak kunjung datang?

ingatlah dalam setiap masalah Allah punya rencana buat kita kerana rancanganNya yang damai sejahtera untuk memberikan kepada kita hari depan yang penuh harapan.

hari ini aku belajar dari 3 reaksi manusia disaat menghadapi masalah yang mendatang

ada yang menjadi lembik, suka mengeluh dan mengasihi diri.  ada yang keras hati, marah dan memberontak pada Allah..tetapi...ada juga yang taat dan meyerahkan diri dan percaya pada ketentuannya..

adakalanya Allah Taala sengaja menunda pertolongannya atau memakbulkan permintaan kita kerana tujuanNya untuk kita belajar percaya, bahawa tidak pernah ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan doa yang baik pasti akan dimakbulkan...


kesabaran itu adalah kunci kepada kejayaan seorang manusia.....