twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami,
hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


credit to http://www.uptomu.net/2011/10/doa-ringkas-selepas-solat.html


dalam setiap masalah, sebenarnya tersimpan mutiara iman yang berharga.  sangat mudah untuk bersyukur saat keadaan baik2 sahaja...tapi, apakah kita dapat tetap percaya pada pertolongan Allah seolah2 tidak kunjung datang?

ingatlah dalam setiap masalah Allah punya rencana buat kita kerana rancanganNya yang damai sejahtera untuk memberikan kepada kita hari depan yang penuh harapan.

hari ini aku belajar dari 3 reaksi manusia disaat menghadapi masalah yang mendatang

ada yang menjadi lembik, suka mengeluh dan mengasihi diri.  ada yang keras hati, marah dan memberontak pada Allah..tetapi...ada juga yang taat dan meyerahkan diri dan percaya pada ketentuannya..

adakalanya Allah Taala sengaja menunda pertolongannya atau memakbulkan permintaan kita kerana tujuanNya untuk kita belajar percaya, bahawa tidak pernah ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan doa yang baik pasti akan dimakbulkan...


kesabaran itu adalah kunci kepada kejayaan seorang manusia.....


kalau nak dapatkan sesuatu perlu berusahakan...insyaAllah...jika niat yang betul Allah akan tolong...yang sukar dimudahkan..yang sulit dilapangkan....yang tertangguh disegerakan...sekarang aku mengalami persimpangan yang menuntut aku memilih antara 2...kerjaya dan pelajaran..aku tak pernah melakukan 2 kerja dalam 1 masa...adakah sudah tiba masanya untuk aku melakukan sesuatu yang aku tidak pernah cuba untuk mencabar diri aku untuk lakukannya?pokok pangkal pada diri aku kata mak..kalau rasa boleh pikul ambillah ini sebagai 1 cabaran..ya Allah...bantulah aku...



ingin melakukan istikharah...mohon petunjuk...tapi keadaan tidak mengizinkan...hanya doa yang mampu aku panjatkan padaNya...mungkin ada alternatif lain????


dalam sehari dua ni macam2 perkara dah berlaku...ada yang happy...ada yang sedih....sedih tu xmo cerita la...mungkin tahun ni bukan rezeki aku...insyaAllah...aku akan dapatkan tahun depan...sedaya upaya walaupun sibuk...semata2 untuk mak dan abah...terima kasih mak dan abah..kalau tidak kerana kamu berdua,kyung xkan jadi macam sekarang...terima kasih atas kesabaran kamu dalam membesarkan kami 3 beradik..

dan..akhirnya aku dapat kerja yang lebih baik..walaupun terpaksa berjauhan dari mak dan abah..tapi..xpelah...demi masa depan dan nak membalas jasa2 mereka..terima kasih kepada orang yang merekemenkan kat tempat baru ni..jasa mu tetap ku kenang..hehehe...mulai minggu depan persekitaran baru...orang baru...bos baru...harap semuanya ok...sekurang2nya dapat menenangkan fikiran aku dari memikirkan kisah2 yang lalu...



sedih betul hati ni....macam2 masalah bertimpa2...selama ni aku senyap..ingat aku xpendam segala apa yang diluahkan?marah orang lain kenapa libatkan aku sekali?tau x aku sedang berperang dengan perasaan aku?demi sebuah kehormatan dan sayang aku,aku sanggup bunuh perasaan yang baru berputik dalam hati ni...tau x sakitnya macam mana???dipinta melupakan dengan cara paksaan..memang aku jadi seorang yang kejam...kejam terhadap semua orang...tapi xde sape yang nak mendalami isi hati aku...ingat aku ni robot ke??yang fikir aku ni xpunya perasaan mcm org lain???memang terasa sangat diasingkan...semua pengorbanan yang aku lakukan selama ni sia2 je...xleh ke beri aku sedikit rasa bahagia tu....orang yang disayang...yang ditatang bagai minyak yang penuh tu yang diberi perhatian...aku xminta semua tu...saat dirinya disakiti oleh orang yang dia sayang tu pada siapa yang diluahkan perasaan sedih tu...tapi kenapa hati ni pula disakiti kembali...aku tension dengan keadaan ni...mungkin tunggu aku da xde atas dunia ni baru kesedihan ni hilang....


sedih dan terusik dengan kata2 nya...apa salah aku???kalau macam ni...aku da jadi merajuk dengan keadaan sekarang...ape nak jadi,jadilah....bagi aku xde apa yang perlu aku fikirkan untuk diri aku...aku xberhak mencari kebahagiaan untuk diri aku...aku redha ya Allah...untuk orang yang aku sayang..biar aku sendiri....*tak dapat nak tahan air mata kuar lagi...tolonglah hati...jangan menangis lagi....