twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

jangan dibandingkan diri kamu dengan orang lain...setiap manusia punyai kelebihan dan keistimewaan masing...jadi, kekalkan ia dalam diri...terpulang pada individu untuk menerima...namanya pun mencari persefahaman bukan...kisah luka yang telah berlalu lupakan sahaja...buka buku baru dan kehidupan baru bersama insan baru yang lebih menyayangi kamu dan menghargai kamu...




morning monday blues...minggu neh mula balik diet aku setelah seminggu berperang dengan lemak2 di badan......

sarapan pagi aku tiap2 hari mulai hari neh....

fikirkan nak kurus untuk kesihatan diri je...






terharu bila baca mesej adik pada aku...adik..adik jangan risau...kak yung tak pernah salahkan adik pon ..ape yang jadi semua tu urusan Tuhan..mungkin Tuhan nak uji sejauh mana ketabahan kak yung dalam menghadapi ujian ini..adik jangan risau..kak yung ok..walaupun kak yung sedih, tapi kak yung cuba sembunyikan kesedihan tu dari pandangan orang lain...tipula kalau kak yung kata kak yung kuat dan kebal..jiwa kak yung tetap ade sifat kelembutan tu walaupun orang nampak kak yung macam kuat..macam tabah hadapi segala cubaan dan dugaan...kadang2 tumpah jua air mata ni dik...dulu..angah pernah wat kak yung macam ni..tapi kak yung sabar..kak yung yakin pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi...kali ni tuhan uji kak yung lagi...tapi kali ini adik pulak...ntahlah..kak yung pasrah atas segalanya..bagi kak yung mungkin ada hikmah tuhan duga kak yung lagi di bulan yang baik ni...mungkin berkesudahan yang baik atau sebaliknya..kak yung pasrah dan redha....


menitik air mata baca mesej adik aku ngan dia..aku tak bermaksud melukakan hati sesiapa..dalam aku cuba menjaga hati kedua2 pihak akhirnya hati aku yang terluka..sekiranya ini yang terbaik,tunjukkanlah jalannya..jika itu yang terbaik aku redha..aku tak nak ada hati yang dilukai lagi...cukup hati ini yang terluka....="( ="( ="(



selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini..ribuan ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas salah dan silap sama ada tersedar atau tanpa disedari..mungkin ada yang terasa dengan diri ini..maafkan diri ini sekiranya terlalu berterus-terang...tiada niat lain melainkan untuk kebaikan diri kita sesama insan..semoga aidilfitri kali ini disambut dengan sederhana tapi penuh kesyukuran...

#rasa sedih sebab ramadhan nak melabuhkan tirainya...xpasti lagi dapat berjumpa bulan ni lagi...jika diizinkan Allah..insyaAllah...


mungkin tak terlalu awal nak wish sebab lagi beberapa hari lagi nak raya..mungkin ini entri terakhir untuk bulan ini..sebab lepas ni berkemungkinan tak berkesempatan untuk menulis atas kengkangan masa,kesibukan dalam menyiapkan laporan...semoga diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk bulan hadapan...akhir sekali...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AISHAH DAN KELUARGA....=)





ermm...sedang belajar dan masih belum mengetahui apa yang masih terselindung tentang sikap manusia ini..memang kalau boleh kita nak semuanya sempurna..tapi..tak semua yang kita impikan itu jadi milik kita..kita sendiri pon tak sempurna tapi mengharapkan kesempurnaan dari orang lain...sebab itu perlunya perbincangan dan penerimaan antara satu sama lain bagi memastikan perjalanan hubungan itu menjadi lebih lancar...cuma mungkin ianya mengambil masa untuk menyesuaikan diri kerana semuanya masih baru...mungkin dengan hikmah ini kita sama2 belajar tentang sesuatu yang kita tak pernah belajar sebelum ini..insyaAllah...niat yang baik pasti takkan mengalami masalah bukan....cuma yang diharapkan..belajarlah cara mengambil hati..tidak susah mana bukan...jika tak pandai masih boleh belajar..dan itu bukan kesilapan yang besar..masih boleh diperbetulkan..jangan fikir entri ini berunsur marah..cuma teguran yang ikhlas dan untuk kebaikan kita bersama...=)






ni keje ko kan ecah....masa2 rehat...orang xde kat opis...ni keje ko....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
gambar kaki ko yang bajet chantekk itewww...
-
-
-
-
-
-
-
-
men fb...pastu stalk fb orang...*selalu fb pelik2 ngan Double I je la jadi mangsa stalk budak on da way kurus neh...hahaha
-
-
-
-
-
-
-
-
tu je aku nak sampaikan...bosan nehhhh...hadoiiiiyaiiiiiii....;p





...berharap tiada lagi pertemuan yang bisa mengembalikan kenangan yang mengguris hati dan menyebabkan aku jadi seorang pendendam......






for those couples..choice is in your hand...=)




.............sakit yang lain aku mampu bertahan...cuma jangan satu penyakit ni je...boleh buat aku menangis...BATUK...hari ni kau wat aku menangis sebanyak 3x...cukup...kuatkan diri ini untuk bertahan....T_________T




kadang2 indah juga hubungan itu sekiranya diselang-seli dengan pahit dan manis..takkan semua nak manis je kan..semua nak elok je kan...ada masa terjadi juga perang atau hati yang terguris..tapi..berpada2lah..jangan terlalu ikut emosi..kadang2 perkara yang kecil melarat kepada pergaduhan yang besar..ungkit-mengungkit...berterus-terang adalah cara dan jalan terbaik agar dia dan kamu mengetahui apa yang dia suka dan kurang suka..setiap manusia tak sama pendiriannya bukan..ini salah satu cara untuk kita belajar menerima baik atau kurang seseorang itu...=)




tahniah kepada semua kawan2 dan sahabat2 yang baru je menyambut kelahiran anak masing2..bulan puasa ni ramai betul yang timang anak ye..bulan lepas sibuk majlis kahwin je..seronok melihat kamu semua menghadapi fasa2 hidup ni..mula2 hidup bujang...pastu kawen...pastu alami proses menjadi bakal ibu dan bapa kemudian...poppppp!!!! lahir sudah si comel di dunia...hehe...aku tumpang untuk kamu semua..semoga Allah memberi peluang untuk merasai pengalaman itu semua untuk diri aku....amin...=)

baru perasan satu perkara...tahun ni ramai betul baby perempuan lahir...dari 12 orang kawan2 yang bersalin 9 orang lahirkan anak perempuan..memang perempuan mendominasi kehidupan akan datang..apa pon da rezeki tuhan nak bagi..janji sihat dan sempurna tubuh badan..Alhamdulillah la kan...=)




hidung perit + tekak sakit + kepala berat + badan lemah....dugaan betul bulan puasa ni...habis satu rumah kene simptom yang sama..mula2 wan..pastu mak...pastu adik...sekarang da berjangkit kat aku, abah ngan makkak plak...paling tak tahan bila da terkena selsema dan batuk..haishhh.....sakit dada ni...T____T...harap mampu bertahan esok untuk kuar 1 family cari apa yang patut untuk raya ni...harap cepat juga la sihatnya untuk hal minggu depan...T______T




terima kasih kepada semua yang telah meletakkan diri ini sehingga ke tahap ini..sesungguhnya jasa kamu semua tidak dapat saya lupakan..ada yang masih bersama saya dan ada telah pergi dari hidup ini..terima kasih kerana bersama saya disaat jatuh dan bangunnya diri saya...terima kasih kerana kata2 semangat dari kamu semua membuat saya tersedar dan bangkit dari kehidupan lalu yang suram...terima kasih atas segalanya...

terima kasih ini ditujukan khas buat seseorang..terima kasih kerana telah bersama2 saya disaat sukar dan senang..disaat saya memerlukan seseorang untuk berkongsi kisah gembira dan sedih saya...terima kasih kerana menjadi kawan yang baik...sentiasa membantu saya disaat saya memerlukan bantuan dan tidak pernah mempersoalkan bantuan yang diberikan...walaupun kamu tak sempurna dan sering membuat hati ini terluka dengan cara dan percakapan kamu tapi kamu tetap tampil sebagai sahabat yang baik..terima kasih kerana menjadi teman rapat saya dalam hampir 4 tahun ini..mungkin ini pengakhiran yang baik untuk kita....semoga kamu bahagia dan berjaya menyelesaikan masalah kamu dengan cara yang baik...terima kasih si kinabalu~




bulan puasa ni masih lagi diduga dengan ujian yang berat..kadang2 da rasa macam give up dan patah semangat dah..rasa peranan aku ni macam bukan siapa2..tak mampu nak mencari jalan keluar..balik2 macam tu je..sape x sedih bila hari2 dipasak dengan hal yang sama dan tengok orang yang paling aku sayang bersedih...sakit sangat hati ni..cukuplah...jangan seksa perasaan kami lagi..nak2 orang yang menyebabkan ko siapa sekarang...kalau xde mereka sape ko?jangan nak sombong sangat la dengan kehidupan ko sekarang...