twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

bila hati semakin dekat, jiwa tu rasa jauh sangat....bila hati makin jauh, jiwa tu makin jauh...rasa xtercapai...terasa penat dengan permainan perasaan ni...ada kalanya sehingga rasa xmampu untuk teruskan...kadang2 kita rasa mampu untuk teruskan ia..tapi sampai masa bila terlalu banyak dugaan dan rintangan yang menumpu pada diri, jadi diri terlalu lemah...bila cuba menjauhkan diri..perasaan tu semakin kuat...xmampu untuk lepaskan ia pergi...tapi apa daya diri ini...diri ini xpunya hak atasnya...siapala aku...kekuatan aku melawan luka semalam hanya padanya...setiap saat bila ku kenangkannya..aku tersenyum...dan akhirnya aku menangis...dalam hati ni wujud 1 perasaan yang aneh...Tuhan...berikan kekuatan pada diri aku untuk menempuhi cabaran Mu..

rasa sayu sangat bila mendengar berita itu..macam2 boleh jadi...walaupun aku kelihatan sangat kuat...seperti tiada perasaan...xkisah...dalam hati ini hanya Tuhan yang tau sebaknya dadaku..aku tetap aku...tiada apa yang mengubah aku dan perasaan aku...semoga semuanya baik2 saja..


Alhamdulillah...misi pertama berjalan dengan baik...untuk misi seterusnya aku perlukan perancangan yang baik sebab aku xmau menyusahkan orang lain dengan masalah yang aku timbulkan..biar aku selesaikan permasalahan itu..xpela..biar lambat asal aku dapat apa yang aku impikan...ini semua buat kedua orang tua aku..maafkan aku kerana terpaksa merahsiakan hal ini pada diorang..bukan aku sengaja untuk lakukan hal itu..tapi aku terpaksa kerana aku tak mampu meneruskannya...insyaAllah..aku akan cuba dapatkan walaupun lambat..mak..abah..maafkan kak yung..kak yung terpaksa...


hari2 yang aku lalui kosong je rasanya..sejak kejadian hari tu..ntah kenapa aku rasa macam lain je..sebab mungkin aku pernah rasa disakiti dan akhirnya perkara itu kembali dalam hidup aku..walaupun aku bukan seseorang yang penting pun..sekurang2 aku rasa sakitnya kerana ianya melibatkan perasaan..ntahla...terkadang aku akui aku jenis yang cepat panas hati..cepat naik darah..tapi aku juga cepat sejuk..cuma biarkan aku unntuk sehari..bila aku rasa ok,aku akan ok..dan cuba memaafkan kesilapan orang tu..sampai mana marah seseorang pada orang yang pernah bersama dengan dia sepanjang susah senang..serius aku xsuka dengan perasaan aku sekarang..aku ke bersalah kerana memikirkan perkara yang bukan2 terhadap dia sehingga dia mengambil keputusan drastik dalam hidup dia...atau dia ke yang bersalah kerana melukakan hati aku untuk kali ini..adakah aku x dikurniakan sifat sabar...aku xsuka dengan perasaan ni...kalau itu jalan yang terbaik aku harap dia kembali ke jalan yang lama..sebab sukar untuk melupakan kenangan2 lama itu..aku mendoakan semoga dia dikurniakan kekuatan..aku yakin dia mampu..hanya aku insan yang lemah ini perlukan masa untuk melupakan semua kesakitan ini....


entri di atas xde kene mengena dengan dia yang pertama menyakitkan hati ini...entri di atas aku tujukan kepada dia yang pernah hadir dalam hidup aku dulu..


i got a new life
you would hardly recognize me 
i'm so glad
how can a person like me care for you
why do i bother
when you're not the one for me
is enough....
i saw the sign
life is demanding
without understanding
i saw the sign
no one's gonna drag you up
to get into the light
where you belong
but where do you belong
under the pale moon
for so many years i've wondered
who you are
how can person like you bring me joy
under the pale moon
where i see a lot of stars
is enough enough.....
i saw the sign
and it opened up my mind
and i am happy now
living without you
i've left you
i saw the sign....

*dedicate for a person who have give me a sweet smile, a drop of tears and who give me a sign to know how true he 'loves' me..once upon a time ago..=.='


aku rasa macam nak tergelak bila baca komen dalam blog lain yang mempertikaikan penulis blog sekarang suka tulis tulisan 'sampah' dari yang ada isi..oii..kamon la..buka sket minda ko tu..kita ada hak nak menulis apa yang kita suka..xkisah la orang tu nak tulis lirik lagu ke, nak tulis diari harian ke,just copy paste artikel ke..suka hati diorang la..yang kau nak kecoh apasal..kalau xsuka jangan baca..gi melepak ke blog yang rasa2 bagi ilmiah kat korang..kalau kau nak semua orang just bercerita pasal hal politik korang cerita la..aku da nak muntah tengok senario politik sekarang..tapi aku suka je membaca..blog pro kerajaan aku baca,xpro pon aku baca..sebab walaupun aku menyampah tengok orang2 politik ni sekurang2nya aku nak tau perkembangan perjalanan politik negara kita..xtau xboleh juga,sekurang2 aku ley wat pilihan masa mengundi nanti..hahaha...sebab tu aku malas nak publishkan blog aku..untuk apa?aku menulis sebab aku nak meluahkan ape yang aku rasa yang aku xmampu nak luahkan pada manusia..tau je la manusia ni bukan semua memahami..so, medium aku nak lepas geram dari blog aku..nasib la kalau sape2 tjumpa..aku senang je..xsuka jangan baca..kalau ko rasa penulisan kau da cukup baik dan budget page ko ramai orang lawat dan jadi follower ko..ok!^^


ramai kawan2 dan sepupu aku tanya ape yang aku amalkan untuk turunkan berat badan sebab dyorang ckp ketara perubahan bentuk badan aku..adakah aku xmakan langsung??jawapan dia TIDAK...sebab makin ko tahan makan makin menjadikan ko semakin lapar dan makan dengan banyak..sebab aku pernah melalui zaman2 nak kurus cepat tuh..huhuhu..so sekarang aku da jumpa formula yang aku rasa ok dan xmenyakitkan diri dan perut aku..huhuh...walaupon ambil masa yang lambat untuk nampakkan hasil tapi penurunan dia ketara sgt2..5kg dlm masa sebulan..untuk kawan2 yang bercita2 nak diet secara sihat kat sini aku kongsikan jadual pemakanan aku selama sebulan lepas :

sarapan pagi : ko makan je wape banyak ko nak makan..nasi goreng ke,mee goreng ke..ape2 je..sebab sarapan pagi tu la penjana tenaga ko untuk memulakan hari..


tengah hari : biasa aku amik 2 keping roti dengan air kosong, xpon biskut sebab aku biasa mkn tgh hari aku petang2..hehehe


petang : aku amik 3sudu nasi je..kalau agak2 lauk hari tu menyelerakan aku tambah 1sudu nasi..lauk ko nk mkn banyak mana terpulang..sebab nasi penyumbang karbohidrat paling banyak so kalau boleh kurangkan cubala..melainkan korang keje berat macam keje kat site ke..sebab korang da bekerja kuat tu ley disamakan dengan exercise so xkisah ko nk makan byk mana pon...


malam : aku jarang mkn malam pasal da topup mkn petang tu.  kalau aku lapar aku wat oat atau makan roti dengan susu putih..kalau xnak makan korang tido awal malam tu..huhuhu...

1 lagi minum air kosong banyak2 pasal bila cukup air cepat la metabolisme badan kita meningkat dan bakar lemak2 terkumpul tu..aku nasihatkan malam2 jangan makan berat langsung.  ini untuk yang betul2 bertekad nak diet la..kalau setakat hangat2 tahi ayam tu baik xpayah buang masa nak ikut diet ni kalau korang fikir korang xleh nak biarkan perut ko berehat..sebab aku pernah alami menda ni..turun xseberapa da melantak macam2 pastu naik berkilo2..sapa yang rugi???huhuh...lagi satu aku nak nasihatkan, sape2 yang fikir kalau nak diet xmakan langsung or just amik junk food tu baik xpayah berangan nak diet..dari korang menyeksa diri nak2 yang amik junk food tu dah la xbekhasiat langsung, bawak penyakit lagi adela...better korang yang xsuka makan ni beli buah banyak2..melantak je la buah tu..lagi berkhasiat..sedap lagi tu..

tu sebahagian dari menu diet aku.  rasa2 membantu sket la sebab ni untuk sesiapa yang malas nak exercise mcm aku..hahaha...sape yang rajin tu korang mkn la mcm biasa..kang pengsan plak xde sapa nak tolong..huhuhu...selamat mencuba bagi sesiapa yang teringin nak diet tu..^^


ade orang cakap yang pengalaman itu mengajar kita supaya sentiasa berhati2 dalam kehidupan ini sebab bila kita menempuhi pengalaman pahit tu membuatkan kita jadi terlalu berhati2 dalam membuat sesuatu tindakan..contoh aku la...bermacam2 perkara dan pengalaman yang aku tempuh..xkisahlah samada ianya pahit atau manis..semuanya kerana lumrah kehidupan sebagai manusia...

aku nak menulis pengalaman aku sebagai seorang pengguna perkhidmatan awam..kat Malaysia ni ada bermacam2 perkhidmatan awam yang disediakan..ada bas la..ada teksi la..ade LRT la...macam2..so aku beruntung dan bersyukur kepada tuhan kerana memberi peluang pada aku untuk merasa naik semua itu (wah..bangga betul rasanya bile 1st time naik menda tu semua)..huhuhu...

baru2 ni aku berpeluang menaiki 1 kenderaan awam iaitu teksi..kalau ikutkan aku lebih suka naik bas lagi sebab aku suka melihat pelbagai ragam orang dalam tu..(nasib xbaik ternampak orang beromen dalam bas...huhuhu).  tapi sebab aku bawa mak aku dan kawan aku yang masih naif keadaan dari KL sampai ke PJ so aku prefer naik teksi terus ke rumah makcik aku..sebelum aku naik tu aku teringat pengalaman aku naik teksi untuk ke stesen LRT dengan sorang sahabat aku dulu..maklum la kami berdua sama2 naif..sahabat aku plak nama je dok bandar tapi xhafal lagi jalan...huhuhu...(jangan ketuk kepala aku,ketuk kepala brader teksi tu ein..hahaha)..so, masa tu kebetulan bas yang terus ke stesen LRT tu da lepas dan kami kene tunggu lagi 1jam untuk bas lain kami pon jadi xsabar untuk berjimba2 masa tu terus amik keputusan naik teksi sebab memang berlambak la teksi kat tepi jalan tu..masa tu xtimbul pon rasa pelik kenapa ade orang yang macam nak gi tempat kerja xnaik teksi2 tu..semua macam rela tunggu bas je..aku dan sahabat aku tu pon naik la salah 1 teksi tu..:

aku : pakcik, boleh bawa kami ke stesen LRT T**** J***??
pakcik teksi : oo..boleh2...(sambil dia da start enjin teksi dia da memulakan perjalanan)..
pakcik teksi : tapi pakcik xpernah la gi stesen LRT so pakcik xtau la...
aku dgn kwn aku : hah???!!!(dalam hati aku da menyirap semacam da..kalau ko xtau stesen LRT tu kat mana ape jadah ko jadi pemandu teksi yang aku tgk lesen dia bawa teksi tu dalam 4 tahun!!!sengal!!!)
aku : habis tu kalau pakcik xtau watpe pakcik nak jalan, baik pakcik berenti je tepi jalan ni (nada aku tgh tahan bengang..sebab aku pon sama ngok xreti jalan gi stesen LRT tu)
pakcik teksi : xpela...kan ade signboard..kita ikut signboard je la...(kata pakcik teksi tu sambil tersengih2)

masa tu aku da mgumpat2 dengan kawan aku..aku rasa macam da kena tipu je..mentang2 dia tengok kami macam xtau arah tujuan senang je dy nak tipu kami....pendek cerita dia bawa kami pusing tempat tu sampai meter da cecah xsilap aku RM20++...sengal betol!!! last skali dia turunkan kami kat stesen LRT A*** J***..
nak xnak kne juga la bayar...dalam hati memang myumpah2..aku tengok makcik aku bawa aku xla jauh sangat...

so, sebelum naik tu aku tanya habis2 kat pakcik teksi tu tau ke x jalan gi umah makcik aku sebab kalau dia cuba tipu aku memang nak kena la...sejak pengalaman kena tipu tu aku terus jadi seorang yang cepat paham jalan dan tempat sebab aku xnak dikenakan oleh orang yang rasa dia tu bijak tapi sebenarnya hanya bijak memutar belit dan menggunakan kelemahan orang lain untuk hidup senang..


*credit to anizyn

Anda takut kolestol anda tinggi? Di sini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Jadi , bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan
5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

p/s : aku dalam proses menurunkan berat badan aku..ade makanan di atas ni aku amalkan seperti oat dan buah2an..hasilnya positif sebab dalam jangka masa 2minggu aku berjaya turunkan 1-2kg...


Job..Job...Job....
any job for me??
please offer me....hahaha
balada pencari kerja 
hurmm...
sebenarnya aku dalam keadaan yang gembira dalam sedih
nape aku cakap camtu???
sebab aku gembira pasal kawan2 rapat aku semua da ada perancangan masa hadapan
maksud aku nak ke peringkat yang seterusnya..
bertunang dan berkahwin
yang sedihnya...
aku perlu bersedia untuk kehilangan mereka
sebab aku tau...
bila da terikat
keadaan da xkan sama seperti dahulu...
serius...
kalau aku ditempat mereka pun
mungkin aku akan menghadapi situasi tu...
xde lagi kawan2 yang 1 kepala
boleh berkongsi suka duka
istilah kawan tu cuma sebelum berkahwin dan sebelum ade komitmen je
lepas ada kehidupan sendiri
semua itu perlu dilupakan
semua itu hanya tinggal kenangan je...