twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

ade orang cakap yang pengalaman itu mengajar kita supaya sentiasa berhati2 dalam kehidupan ini sebab bila kita menempuhi pengalaman pahit tu membuatkan kita jadi terlalu berhati2 dalam membuat sesuatu tindakan..contoh aku la...bermacam2 perkara dan pengalaman yang aku tempuh..xkisahlah samada ianya pahit atau manis..semuanya kerana lumrah kehidupan sebagai manusia...

aku nak menulis pengalaman aku sebagai seorang pengguna perkhidmatan awam..kat Malaysia ni ada bermacam2 perkhidmatan awam yang disediakan..ada bas la..ada teksi la..ade LRT la...macam2..so aku beruntung dan bersyukur kepada tuhan kerana memberi peluang pada aku untuk merasa naik semua itu (wah..bangga betul rasanya bile 1st time naik menda tu semua)..huhuhu...

baru2 ni aku berpeluang menaiki 1 kenderaan awam iaitu teksi..kalau ikutkan aku lebih suka naik bas lagi sebab aku suka melihat pelbagai ragam orang dalam tu..(nasib xbaik ternampak orang beromen dalam bas...huhuhu).  tapi sebab aku bawa mak aku dan kawan aku yang masih naif keadaan dari KL sampai ke PJ so aku prefer naik teksi terus ke rumah makcik aku..sebelum aku naik tu aku teringat pengalaman aku naik teksi untuk ke stesen LRT dengan sorang sahabat aku dulu..maklum la kami berdua sama2 naif..sahabat aku plak nama je dok bandar tapi xhafal lagi jalan...huhuhu...(jangan ketuk kepala aku,ketuk kepala brader teksi tu ein..hahaha)..so, masa tu kebetulan bas yang terus ke stesen LRT tu da lepas dan kami kene tunggu lagi 1jam untuk bas lain kami pon jadi xsabar untuk berjimba2 masa tu terus amik keputusan naik teksi sebab memang berlambak la teksi kat tepi jalan tu..masa tu xtimbul pon rasa pelik kenapa ade orang yang macam nak gi tempat kerja xnaik teksi2 tu..semua macam rela tunggu bas je..aku dan sahabat aku tu pon naik la salah 1 teksi tu..:

aku : pakcik, boleh bawa kami ke stesen LRT T**** J***??
pakcik teksi : oo..boleh2...(sambil dia da start enjin teksi dia da memulakan perjalanan)..
pakcik teksi : tapi pakcik xpernah la gi stesen LRT so pakcik xtau la...
aku dgn kwn aku : hah???!!!(dalam hati aku da menyirap semacam da..kalau ko xtau stesen LRT tu kat mana ape jadah ko jadi pemandu teksi yang aku tgk lesen dia bawa teksi tu dalam 4 tahun!!!sengal!!!)
aku : habis tu kalau pakcik xtau watpe pakcik nak jalan, baik pakcik berenti je tepi jalan ni (nada aku tgh tahan bengang..sebab aku pon sama ngok xreti jalan gi stesen LRT tu)
pakcik teksi : xpela...kan ade signboard..kita ikut signboard je la...(kata pakcik teksi tu sambil tersengih2)

masa tu aku da mgumpat2 dengan kawan aku..aku rasa macam da kena tipu je..mentang2 dia tengok kami macam xtau arah tujuan senang je dy nak tipu kami....pendek cerita dia bawa kami pusing tempat tu sampai meter da cecah xsilap aku RM20++...sengal betol!!! last skali dia turunkan kami kat stesen LRT A*** J***..
nak xnak kne juga la bayar...dalam hati memang myumpah2..aku tengok makcik aku bawa aku xla jauh sangat...

so, sebelum naik tu aku tanya habis2 kat pakcik teksi tu tau ke x jalan gi umah makcik aku sebab kalau dia cuba tipu aku memang nak kena la...sejak pengalaman kena tipu tu aku terus jadi seorang yang cepat paham jalan dan tempat sebab aku xnak dikenakan oleh orang yang rasa dia tu bijak tapi sebenarnya hanya bijak memutar belit dan menggunakan kelemahan orang lain untuk hidup senang..

2 comments:

  1. keh3....baru aku teringat chah pasal benda ni...kalau tak, sumpah aku dh lupa...hampeh betul pakcik tu...bawa kita pusing2...hahahahha...kenangan betul

  1. ko tau hr tu xmasal pakcik teksi tu kne mrh ngan aku sbb mgkn niat dia nk usik aku je kot..tp sbb da fobia aku mrh je dy aku ckp 'klu xtau jgn bwk teksi!!!"xmasal je tdiam pakcik tu...rse bersalah lak aku...=p