twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

.....sedang sakit merinduinya...sakit sangat dalam lubuk hati aku ni....nak nangis aku da xmampu...hati aku ni xsiapa yang tau....


aku xpasti perasaan aku sama ada suka atau sedih sebab aku chat ngan dia...yang pasti aku amat merinduinya...rindu dengan segala2nya...rindu menatap wajahnya, rindu bercakap dengannya, rindu bergurau dengannya..bergaduh....sangat merindukan semua itu...tapi apakan daya...situasi sekarang sangat berlainan...sedih sangat melepaskan orang sebaik dia...yang menghargai aku dan mencintai aku sepenuh hati..menjaga aku sebaik mungkin..sentiasa berada di sisi aku semasa aku memerlukan bantuan dan berkongsi perasaan....ada ke orang sebaik dia yang mampu melakukan semua seperti dia lakukan pada aku?sangat sedih membaca setiap bait kata2nya...lama sangat dia terseksa...aku xsalahkannya kerana meninggalkan diri aku..aku lemah, aku xmampu berkorban seperti dia berkorban untuk aku selama ini..aku xkan berhenti mencintainya sehingga aku bertemu seseorang yang sama sepertinya..tingkah laku,perwatakan...salin xtumpah sepertinya...mustahil bukan...xde orang yang sama dalam dunia ni..serius...aku xsanggup lepaskan dia untuk orang lain...tapi,aku xkan putus asa...biar kali ni aku yang berkorban untuknya..walaupun akhirnya kebahagiaan itu x berpihak pada aku, sekurang2 aku berpuas hati melihat dia bahagia walaupun kenyataan itu amat pedih untuk diterima....


hari ni aku ada 1 pengumuman nak di buat..hari ni rabu bersamaan 20/10/2010 bukan sahaja genap umur aku 25 tahun 2 bulan..malah aku da rasmikan 1 blog baru..kira official blog laa...blog tu lebih terbuka sikit,so kawan2 bolehlah kalau ada komen2 atau pendapat atau citer2 nak dikongsi ngan aku...blog ni aku jadikan sebagai diari peribadi aku..so kt sini segala kisah suka,duka aku n pasal peribadi aku je..blog lagi 1 tu just share pengalaman yang baik2,artikel atau post..ok..




sila2 la ke link tu da klik pada follower aku ye...mekasih....=)


xsangka aku mampu bangun pagi semata2 untuk study nih!!kalau x..harap je kunci jam tapi haram nak bangun..memang tido cam hape je..pagi ni kul 3 aku terbangun sendiri dan mula study..hampir 1 bab habis study..teringat zaman baru2 belajar pagi ni..rasanya aku jenis senang masuk bila belajar pagi..semua pasal mak aku la ni..ajar aku ngan adik2 aku dulu bangun pagi dan belajar..dia pulak jenis sama2 dok ngan kami tengok kami belajar..kalau tertido je siap la kena rotan dulu..haha...selalu camtu laa..adik aku yang 2orang tu pandai wat akal..tegakkan buku macam la khusyuk sangat membaca sekali buku terjatuh tengok2...tengah meleleh air liur tido...memang pagi2 subuh sepi'e tu dengar mak aku membebel je...hehehe...aku pon camtu jugak...tapi da dekat2 PMR baru datang keinsafan nak belajar bersungguh2 sebab nak kuar dari sekolah lama aku yang cam hampeh tu dan berangan2 nak masuk teknik...akhirnya termakbul juga doa aku nak tinggalkan sekolah yang menyimpan 3 tahun kisah sedih je...bila aku study ni...aku teringatkan air kopi yang mak buat pagi2 masa tengah study,makan ngan keropok atau biskut kering..sambil2 study tu mak aku akan bagi kata2 semangat untuk terus berusaha dan belajar rajin2..sesungguhnya aku sangat merindui zaman tu.....


p/s : peneman aku sekarang cuma milo 3 in 1 dan biskut kering..xde lagi orang yang suka memecahkan keheningan pagi2,air kopi hangat,keropok..yang penting kata2 semangat setiap pagi...dok di perantauan ni semua sendiri mau ingat...kalau x,orang terjun longkang, kau terjun lombong!!


apa guna wat kumpulan kalau ahli kumpulan xboleh nak menolong..aku bukan nak berkira soal tolong orang ni.  memang kita sebagai manusia patut ada sifat tolong menolong antara 1 sama lain..tapi pertolongan itu mestilah yang masuk dek akal sikit..aku xkisah kalau pertolongan tu melibatkan subjek yang aku amik dengan dia..ini subjek yang xde kaitan ngan aku..aku pelik mana pergi budak2 group dia yang lain??kalau tunggu data,kalau yang lain tu nak kuar makan atau bersolat pastikan ada 2orang yang jaga data tu..ini kenapa suruh aku pulak???aku da penat2 baru balik dari uruskan macam2 hal kat fakulti, baru nak lepas penat tetiba aku dapat mesej dari budak tu gesa aku suruh datang lab jaga data sebab dia nak bersolat..aku tanya lab apa?kenapa xda budak group dy yang lain jaga sekali data tu?memang aku angin la kan...aku da la penat2,serabut kepala otak lagi tetiba ada orang paksa aku ke depan balik just utk jaga 5minit pastu aku balik..kalau aku kebetulan ada kat depan boleh la aku jaga..ni xpaham ke aku cakap..aku baru balik,baru sampai bilik..baru nak rehat..tetiba suruh aku naik bas gi lab yang xde kaitan ngan aku..tu belum lagi tetiba aku tengah naik bas,pastu dak tu mesej "kak,xpela ada orang da tolong jaga data saya"..eeee...sabar je la...aku memang marah kat budak2 group dia..xbertanggung jawab..semua orang memang penat nk2 2 tahun awal pengajian ni..aku pon sama dulu,tapi group aku dulu sedaya upaya siapkan lab diluar waktu rehat..xde menganggu masa rehat de..sangat sakit hati tengok budak sekarang bukan bersungguh2 dalam wat keje..main je lebih..heee......



p/s : pada budak tu, aku nak minta maaf sebab memang aku xdapat tolong kamu..aku memang penat + letih + sakit kepala hari tu..kamu lagi macam mendesak2 aku pulak kan...kalau aku ditempat kamu aku xkan bebankan orang lain dengan masalah group kamu sendiri..kamu cari ahli group kamu tu dan kamu perlu ingatkan tanggung jawab mereka..jangan nak harapkan nama masuk dalam report lab tapi hasil kerja hampeh!


mungkin aku perlu lupakan dia dari hidup aku..mungkin betul kata seseorang yang rapat dengan dia, ada yang lebih baik untuk dia selain aku...walaupun seseorang itu tak menyatakan secara zahir, tapi aku paham maksud yang tersirat..dia minta aku pergi dari hidup si dia...dia tak mahu aku seksa si dia lagi..bagi seseorang itu, semua tu kenangan dan pengalaman hidup..si dia berhak mendapat hak untuk kebahagiaan dia sendiri..jadi kenapa aku harus muncul lagi dalam hidup dia...aku memang amat paham maksud tersurat dalam setiap kata2 orang itu dan yang paling pasti bukan orang lain dalam hidupnya..orang yang penting dan yang akan mempertahankan si dia...sehingga aku menaip entri ini...masih lagi aku terasa akan kata2 orang itu yang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidup aku....aku bukan untuknya lagi...untuk kebahagiaan dirinya aku perlu hilang dari hidupnya...selamat tinggal sayang..maafkan aku atas segalanya...maafkan aku terpaksa melakukan ini semua demi kebahagiaanmu...aku akan pergi dari hidupmu untuk selamanya....akan aku simpan segala kenangan itu dalam lipatan sejarah hidupku...hanya masa yang mampu mengubat luka dan penderitaan aku ini..ku harap kamu singkirkan sahaja segala kasih sayang dan cintamu pada aku kerana aku tidak layak untuk menerima semua itu...ya Allah...kurniakanlah aku kekuatan diri untuk menjauhkan diri aku darinya untuk selamanya...permudahkanlah segala urusannya, murahkanlah rezekinya dan percepatkanlah jodohnya semoga dia mampu melupakan aku untuk selamanya...selamat tinggal kekasihku...selamat tinggal untuk selamanya...walaupun pemergiaanku ini tak kurelai, namun demi kebahagiaanmu sayang aku terpaksa merelakan...terima kasih kerana telah menyayangi dan mencintai diri ini dengan sepenuh hati...maafkan aku sayang...


hati yang teramat luka dan sengsara....

Aishah Zakaria.....



I sit alone feeling so empty and lonely,

i think of you often,

every minute of the day

wondering how you are

what your doing

wishing i could hold you in my arms

and make everything b OK



I sit remembering all the times we've shared

the late nite talks that we use 2 have

wishing that it could be the way it use 2

i wish i could turn back time to the first time you told me you loved me,

the feeling that i had is indescribable

u mean so much 2 me that it hurts,

i dream of all that will be,

and crying a tear for every minute

we are apart



At times i tell myself i am strong

and the times that im not with you

will go by and it will be the way it use 2

yet at others i sit and cry and wonder

why love has 2 hurt so much



Through somewhere 

in the loneness

somewhere in the emptiness,

i find my self feeling very loved

and i realize it not the loving that hurts so much

its being without you 



p/s : sangat syahdu malam ni...tiba2 ingatan aku melayang padanya dan xsedar....air mata aku tumpah lagi kerananya...mungkin aku sahaja merinduinya...adakah dia pun seperti aku...atau mungkin dia dah mula melupai aku....='(


da nak hujung2 sem ni makin banyak keje dan benda2 yang nak disettlekan..hopefully semuanya dipermudahkan oleh yang Maha Kuasa.  rasa macam sekejap sangat tahun ni..pejam celik,pejam celik da sampai ke penghujung tahun da..begitu juga usia aku, da nk masuk ke angka lagi 1..ku mohon moga hidup aku dan org2 yang aku sayang dilimpahi keberkatan..


p/s : pada kawan2 yang konvo isnin lepas, mekasih sebab datang jenguk aku kat sini..husna ngan mahira..sememangnya korang xpernah melupakan aku..mekasih ye...=)


hari ni da masuk seminggu aku hidup tanpa dia disisi...terasa lain je hidup aku..memang aku dikelilingi oleh kawan2 yang sentiasa bersama aku, tapi tu xdapat mengisi kekosongan hati aku....aku betul2 merindui dia..entahlah..aku tak mampu meneruskan kata2 lagi..pilu sangat hati ni....


semalam aku jumpa kawan2 aku...lama xjumpa hampir 6 bulan da macam2 perubahan aku tengok..ada yang makin matang,ada yang makin berisi, ada yang makin kurus dan ada gak yang xberubah2..dalam sibuk borak2 tuh ada juga yang perasan perubahan pada air muka aku.  malam tu kawan aku ni tegur aku kenapa muka aku lain je petang tu..aku cakap xde ape2,...i'm ok...dia cakap jangan nak tipu sebab da lama berkawan dia da kenal aku camna..aku nak sorok camna pon masalah aku xkan dapat sebab air muka aku ni menjelaskan segala2nya dimana aku sekarang berdepan dengan masalah...aku tarik dia dari orang ramai pastu aku berterus-terang dengan dia..dia memang sangat2 terkejut sebab xsangka sampai jadi camtu sekali sebab dia tahu masalah aku ngan si dia..Alhamdulillah, aku dapat bercerita tanpa setitis air mata aku jatuh pun..mungkin aku da semakin boleh menerima hakikat..kawan aku tu beri kata2 perangsang pada aku supaya buktikan pada family aku yang aku boleh berjaya..mungkin sekarang aku xde apa2 untuk dibanggakan sebab tu family aku boleh mengatur hidup aku...kawan aku tu cakap aku perlu bersabar sedikit masa lagi untuk mencapai cita2 aku tu..mungkin ada benarnya kata2 dia...


Esok,lusa dan tulat merupakan hari yang paling penting untuk universiti aku kerana hari tu merupakan hari konvokesyen kali ke-10..walaupun aku xdapat turut serta dengan kawan2 untuk meraikan hari yang boleh dikatakan salah satu momen manis dalam hidup, tapi bahangnya tetap terasa..ini kerana majoriti kawan2 aku akan datang untuk meraikan hari bahagia ini bersama2 org2 yang tersayang..aku sebagai seorang sahabat tumpang gembira dengan kejayaan mereka...Alhamdulillah...setelah berhempas-pulas berusaha, kurang tidur selama 3 tahun, berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menyelesaikan segala tugasan, akhirnya pada hari itu, mereka akan mengenggam segulung ijazah....mungkin aku hanya mampu berkongsi kegembiraan dengan mereka..aku pun xpasti lagi untuk hadirkan diri aku ke majlis konvokesyen aku nanti..xpela..sekurang2nya aku berjaya mendapatkan segulung ijazah...itu pun sudah membuat aku berpuas hati..

kepada teman2 serumahku dulu dan kesemua kawan2 yang bersama2 berjuang dengan aku sewaktu ketika dahulu, aku ucapkan tahniah atas kejayaan kamu semua..tiada yang lebih membahagiakan selain dari melihat segaris senyuman terukir di bibir insan2 yang menyayangi kamu...aku, sahabatmu ini mendoakan semoga kamu memperolehi kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.....


Semua yang berlaku serentak datang kepada aku...baru nak pulih dari kegagalan lalu, kini muncul masalah baru..aku tumpang gembira dengan kejayaan mereka, tapi dalam hati aku menyimpan 1001 kesedihan...aku fikir kalau ada jet yang boleh membawa aku pergi dari bumi ini aku ingin naik dan pergi jauh meninggalkan dunia ini...terlalu perit dan sukar aku menempuhi kehidupan ini...sampai satu tahap aku da xsanggup untuk menghadapinya lagi..dugaan demi dugaan Allah berikan pada aku..kenapa ya..sebab aku da jauh terpesong dari landasanNya ke?ke sebagai pembalasan atas dosa2 aku yang lalu?ke Allah nak menguji seberapa kuat diri aku untuk menghadapi dugaan tu....entahlah...aku pun xtahu...jiwa dan fikiran aku kosong sangat...kenapa aku diuji dengan ujian yang hebat..aku bukan mengeluh,aku pernah dengar ustaz yang mengajar aku dulu mengatakan Allah uji hambaNya dengan ujian yang hebat kerana itu tandanya Allah sayangkan kita dan dekat dengan kita..Dia nak kita menilai diri kita dan tindakan yang kita lakukan supaya kita tidak jauh dariNya...mungkin aku perlu bersabar dalam menempuhi segala yang berlaku ini dan meletakkan tawakal dan redha ku padaNya..sekurang2nya Allah masih memberikanku fikiran yang waras dalam membuat pertimbangan keputusan dan tidak terburu2 untuk menamatkan riwayat hidup seperti manusia yang tidak sabar dalam menghadapi dugaaNya..Nauzubillahiminzallik...semoga aku dilindungi dari perbuatan itu...

p/s : semoga aku mendapat pelangi yang indah itu setelah menempuhi awan mendung yang menyelubungi hidupku selama ini....amin....


Alhamdulillah...pagi ni aku bangun dengan perasaan yang sungguh tenang sekali...mungkin kerana aku telah mendapat semangat baru untuk meneruskan kehidupan aku yang masih panjang lagi perjalanannya..walau apa pun yang terjadi, hidup perlu diteruskan juga...tidak perlu dikesalkan apa yang telah terjadi, mungkin ada hikmahnya yang Allah nak tunjuk pada diri hambaNya yang lemah ini...sememangnya semua itu hanya Dia yang mengetahui...aku mengharapkan segalanya yang baik sahaja, bukan sahaja untuk diri aku, Khairul dan insan2 yang kami sayangi...tapi aku tidak menolak pada keajaiban..aku medoakan semoga ada keajaiban yang terjadi pada hubungan kami pada suatu hari..sekiranya jodoh kami masih kuat, pintu hatiku sentiasa terbuka untuknya kerana dialah insan pertama yang aku cintai dan sayangi..jika tiada, aku redha dengan ketentuanMu..jadikanlah aku seorang insan yang tabah dan kuat dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang..sesungguhnya aku insan yang amat lemah dan sering sahaja terpesong dalam meniti perjalanan mencari keredhaanMu..aku doakan semoga Khairul juga dilimpahi oleh redhaMu ya Allah...kuatkanlah hatinya dan sekiranya dia bukan jodohku, temukanlah dia seorang insan yang sangat menyayanginya dan mencintainya lebih dari diri aku..sesungguhnya aku bukan insan yang tepat untuk menjadi sebahagian tulan rusuknya..ya Allah..makbulkanlah doaku..sesungguhnya Kau maha mengetahui apa yang terjadi sama ada di langit mahupun di bumi....amin...


p/s : pasni xde lagi rutin harian aku mesej dia setiap hari, ambil tahu tentang aktiviti dia, ambil tahu kesihatan dia atau ucapkan 'morning', 'nite', 'miss u', 'love u' atau 'muaahhh'...aku akan merindukan semua momen itu..


Alhamdulillah...aku dapat mengurangkan kesedihan aku hari ini...terima kasih pada sahabat2 yang datang melawat aku hari ni..mekasih ros sebab datang jenguk aku ngan sabar tengok aku menangis depan ko td..mekasih juga atas makan tengahari tadi..pastu ko wat lawak wat aku terhibur tadi...mekasih yeh memahami aku...intan pon sama..mekasih sudi melawat aku ngan belanja jus oren tu...nasib aku xmenangis depan ko tadi..sempat pulak kita bergosip eh..hehe....mekasih jugak pada ein sebab jadi orang 1st aku mengadu nasib...walaupun xdapat nk webcam tapi masa aku citer masalah aku tu memang air mata aku xhenti2 keluar...sekarang aku da rasa lega sangat...sebab aku da dapat kekuatan baru..aku mesej kt dia tanya khabar dan dia juga dalam keadaan baik2 saja...Alhamdulillah...semoga kami dapat menerima kenyataan ni dan dapat membuka lembaran baru dalam kehidupan kami..InsyaAllah....




p/s : walaupun da xde apa2 hubungan tu..perasaan sayang dan cinta tu masih ada dalam hati aku...amat sukar nak melupakan mu sayang setelah segala2nya kita tempuhi bersama...aku tetap akan menyayangimu selamanya walaupun terpaksa menguburkan perasaan cinta itu....


bila sesuatu yang berharga dalam hidup kita hilang dengan tiba2..rasa macam kelam je dunia ni...maaflah pada kawan2 andai penulisan sejak kebelakangan ni lebih banyak benda yang amat menyedihkan...ini je medium aku untuk meluahkan segala apa yang aku rasakan sekarang...balada seorang yang baru kehilangan cintanya...

aku rasa macam dah nak gila dengan situasi sekarang...aku berperang dengan perasaan aku sendiri...aku terlalu merindui dia..ingin je aku capai handphone aku tu dan mesej dia..tapi aku tau,aku siapa pada dia...aku nak dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa aku nak ganggu dia lagi...ya Allah aishah...tolonglah sedar dari mimpi kau ni....tolonglah terima hakikat yang dia bukan milik kau lagi...biarkan dia mencari kebahagiaan dia...kau bukan orang yang layak untuk mendapat kasih sayang dia..ada insan yang lebih baik dan menghargai dia dari kau..tolonglah sedar diri tu...

memang agak sedih lah...aku xmampu nak berkata2 lagi...bila aku berkata2 air mata tu tetap jatuh tanpa dapat ditahan...bila aku baca mesej2 kirimam dia dulu2 jadi monumen yang sangat indah...aku tersenyum sendiri bila baca mesej2 gurauan kami,gaduh2..semua tu memori buat aku..bila terkenang punca perpisahan kami aku menangis kembali...ya Allah..berat sangat dugaanMu...mungkin ini yang pernah dirasai oleh siapa2 yang pernah mengalami situasi seperti aku..

pada sahabat2,mekasih jd supporter aku ngan dia...sememangnya perpisahan ni bukan pinta aku dan dia..demam aku da makin teruk dan aku perlu tidur yang cukup seperti dulu...dengan keadaan cuaca xmenentu, stress, tidur malam terganggu..memang makin sakit la aku....badan sakit, jiwa sakit...


hari pertama tanpa dia di sisi...rasa mcm kosong sangat...mcm ada sesuatu yang hilang dalam hidup aku..aku cuba lupaka masalah aku sekarang tapi setiap kali ingatan dan kenangan2 yang lalu menerjah ke dalam fikiran aku wat air mata aku tumpah...aku da xkisah apa kwn sebilik aku fikirkan bila nampak aku tiba2 menangis..alhamdulillah...mereka memahami...dia minta aku tabah untuk menerima segala suratan takdir..memang...memang aku perlu belajar untuk kuat dan cuba menjauhi diri aku dari dia..aku tak mampu untuk jadi seperti dahulu...sebab..terlalu banyak sangat kenangan yang aku dan dia tempuhi..aku xnak kerana kenangan2 itu membuatkan dia sukar untuk melupakan aku..aku juga xmampu untuk menguburkan perasaan aku padanya walaupun sekadar sahabat...aku tak mampu....

sepanjang hari ini masa ku hanya di katil bertemankan air mata..aku rindukan dia..tapi apakan daya...aku bukan siapa2 lagi pada dia...untuk lepaskan rindu aku dengar lagu2 semasa kami masih bersama dahulu..ya Allah...sebak sangat sehingga aku xtau wape kali aku menangis hari ini...berat sangat untuk aku melupakannya....

p/s : 1 hari aku dengar lagu ini untuk mengubat luka di hati aku sekarang..biarlah aku lepaskan segala kesedihan yang aku pendam selama ini seorang diri...




aku sedang menghadapi saat2 paling sukar dan genting dalam hidup aku...aku xmampu untuk menghadapinya...dalam dada aku sekarang rasa macam nak meletup..kenapa harus ini akhirnya...aku cuba untuk jadi seorang yang tabah,tapi aku gagal...terlalu banyak kenangan yang disimpan dengannya...tapi, mungkin Allah yang mengetahui segala rahsia disebalik apa yang berlaku..ya Allah...kuatkanlah hati aku untuk menghadapi saat2 ini...begini pengakhiran kisah aku dan dia...setelah bermacam2 dugaan yang kami tempuhi...aku tak pernah menyalahkan dia..aku bersyukur kerana diberi seorang yang sangat menyayangi dan mencintai aku sepenuh hati..mungkin aku insan yang xlayak untuk memperolehi cintanya...aku xmampu membahagiakannya seperti dia membahagiakan aku..sebab keluarga yang memisahkan kasih kami..aku tersepit diantara 2 jalan..tanggungjawab pada keluarga dan cinta aku padanya..hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya bila aku cuba membahagiakan kedua2 pihak...maafkan aku sayangku..maafkan segala kesalahanku sepanjang percintaan kita..aku halalkan segala yang aku berikan padamu selama ini..mungkin aku orang yang salah untuk kau cintai sebelum berjumpa orang yang sebetulnya...aku da xmampu untuk menaip lagi sebab tangan aku xmampu untuk menahan getaran dalam dada aku...


p/s : aku akan tinggalkan semua dunia maya yang mengaitkan aku dengan kenangan itu...terlalu perit untuk aku menghadapinya sekarang...banyak sangat kenangan aku dengannya...demi kebahagiaannya biarlah aku pula membalas pengorbanannya yang selama ini xmampu aku membalasnya..mungkin ini takdir nasib aku,hanya dilahirkan untuk memberi kebahagiaan pada orang lain..tapi tidak bagi aku...aku redha ya Allah..dan aku serik untuk menyayangi orang sepenuh hati aku..biarlah aku bawa diri aku ke mana sahaja..ini yang keluarga aku mahukan...sekarang puaslah hati mereka yang menghalang cinta kami..ya, 1 kejayaan yang membuat diri aku menderita..demi mereka,biar aku korbankan diri aku sendiri jika itu yang membuat mereka gembira dan bahagia...


Aku cukup angin bila ada orang yang cuba mempengaruhi apa je pilihan yang kita buat...hidup kita,biar kita yang tentukan sendiri...xsalah contohnya ibu bapa masuk campur dalam hal pilihan anak2 mereka sebab mereka bertanggungjawab membesarkan kt..tapi sekadar jadi penasihat supaya si anak tu xtersesat dalam mencari arah hidup..tapi,bila ada orang lain yang masuk campur dalam hidup kita n cuba mengatur hidup kita memang melampau!suka ati aku la kalau aku suka Sinar FM pon!ade ko kisah?kalau ko xsuka sumbat je telinga ko tu dengan earphone n dengar la lagu2 yang ko fikir sangat urban tu..ko fikir dengan dengar lagu urban tu ko da rase ko maju k'depan la..so,sapa dengar lagu orang tua ni ketinggalan zaman..old skool..WTH??!!dok ceruk budget cam urban sangat la!

p/s : aku tolong meluahkan rasa ati seseorang yang selalu dibuli..dy nampak sangat kuat tapi dalamannye sangat lemah..sapa2 yang ade perangai rasa cam urban sangat tu tolong la...semua orang ade taste masing2..so,xsemua orang setuju dengan taste ko yang ko fikir urban sgt tuh..!kita dok dalam negara yang bebas dan demokrasi,so jangan la nak perlekeh2kan orang lain kalau ko tu pon datang dari kampung tapi nak berlagak macam dok bandar!