twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

Esok,lusa dan tulat merupakan hari yang paling penting untuk universiti aku kerana hari tu merupakan hari konvokesyen kali ke-10..walaupun aku xdapat turut serta dengan kawan2 untuk meraikan hari yang boleh dikatakan salah satu momen manis dalam hidup, tapi bahangnya tetap terasa..ini kerana majoriti kawan2 aku akan datang untuk meraikan hari bahagia ini bersama2 org2 yang tersayang..aku sebagai seorang sahabat tumpang gembira dengan kejayaan mereka...Alhamdulillah...setelah berhempas-pulas berusaha, kurang tidur selama 3 tahun, berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menyelesaikan segala tugasan, akhirnya pada hari itu, mereka akan mengenggam segulung ijazah....mungkin aku hanya mampu berkongsi kegembiraan dengan mereka..aku pun xpasti lagi untuk hadirkan diri aku ke majlis konvokesyen aku nanti..xpela..sekurang2nya aku berjaya mendapatkan segulung ijazah...itu pun sudah membuat aku berpuas hati..

kepada teman2 serumahku dulu dan kesemua kawan2 yang bersama2 berjuang dengan aku sewaktu ketika dahulu, aku ucapkan tahniah atas kejayaan kamu semua..tiada yang lebih membahagiakan selain dari melihat segaris senyuman terukir di bibir insan2 yang menyayangi kamu...aku, sahabatmu ini mendoakan semoga kamu memperolehi kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.....

0 comments: