twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

Alhamdulillah...pagi ni aku bangun dengan perasaan yang sungguh tenang sekali...mungkin kerana aku telah mendapat semangat baru untuk meneruskan kehidupan aku yang masih panjang lagi perjalanannya..walau apa pun yang terjadi, hidup perlu diteruskan juga...tidak perlu dikesalkan apa yang telah terjadi, mungkin ada hikmahnya yang Allah nak tunjuk pada diri hambaNya yang lemah ini...sememangnya semua itu hanya Dia yang mengetahui...aku mengharapkan segalanya yang baik sahaja, bukan sahaja untuk diri aku, Khairul dan insan2 yang kami sayangi...tapi aku tidak menolak pada keajaiban..aku medoakan semoga ada keajaiban yang terjadi pada hubungan kami pada suatu hari..sekiranya jodoh kami masih kuat, pintu hatiku sentiasa terbuka untuknya kerana dialah insan pertama yang aku cintai dan sayangi..jika tiada, aku redha dengan ketentuanMu..jadikanlah aku seorang insan yang tabah dan kuat dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang..sesungguhnya aku insan yang amat lemah dan sering sahaja terpesong dalam meniti perjalanan mencari keredhaanMu..aku doakan semoga Khairul juga dilimpahi oleh redhaMu ya Allah...kuatkanlah hatinya dan sekiranya dia bukan jodohku, temukanlah dia seorang insan yang sangat menyayanginya dan mencintainya lebih dari diri aku..sesungguhnya aku bukan insan yang tepat untuk menjadi sebahagian tulan rusuknya..ya Allah..makbulkanlah doaku..sesungguhnya Kau maha mengetahui apa yang terjadi sama ada di langit mahupun di bumi....amin...


p/s : pasni xde lagi rutin harian aku mesej dia setiap hari, ambil tahu tentang aktiviti dia, ambil tahu kesihatan dia atau ucapkan 'morning', 'nite', 'miss u', 'love u' atau 'muaahhh'...aku akan merindukan semua momen itu..

0 comments: