twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

aku nak buang semua perkara yang mengaitkan aku dengan dia...senang betul dia membuang cinta yang di bina selama 6tahun...aku perlu fokus pada masa depan aku sekarang...insyaAllah...Allah da tetapkan jodoh yang terbaik Tuhan kerana membuka mata aku seluas2nya dalam menilai keikhlasan cinta seseorang lelaki itu...biar cinta yang direstui oleh Mu dan keluarga aku itu datang dengan sendiri...


walaupun da cuba wat macam2 untuk melupakan kisah cinta yang xkesampaian tu tapi kadang2 masih tak dapat melupakan orang yang jauh di mata dan di hati tu..memang betul orang kata...hanya masa yang menentukan boleh ke kita menerima hakikat perpisahan itu...walaupun da takde ape2 hubungan dengan dia, xsalah kalau aku megingatinya walapun dia semakin jauh dari aku.......


pejam celik pejam celik da nak abis semester da..sekejap je rasanya...minggu ni da mula final exam...hopefully boleh buat yang terbaik...dalam menumpukan seluruh tumpuan pada study, aku tetap sentiasa mengingati dia..mungkin dia da mula lupakan aku..xpela..aku xpernah melupakan dia walau seminit pun..aku doakan yang terbaik untuknya..amin....


lama aku x update status aku dalam blog ni...2 minggu aku menghabiskan masa aku kat rumah untuk menenangkan fikiran aku sambil menemankan mak aku...ermm...agak sedih bila cuba menerima hakikat kehilangan orang yang sangat kita sayangi..bayangkan selama ni hari2 nampak depan mata, sakit pening tabah menjaganya..bila dia tiada macam rasa kosong je diri...sedih sangat...hari2 berendam air mata...aku cuba jadi kuat untuk bagi kekuatan pada mak aku..tapi kadang2 aku tak dapat menyembunyikan kesedihan aku..2 kehilangan yang aku rasa...sama2 aku menangis dengan mak aku...aku faham keadaan mak aku...aku tak nak dia menangis lagi jadi aku perlu jadi kuat..cukup banyak dia menyimpan perasaan..aku xnak dia tertekan lagi..


p/s : org nampak aku happy..aku gembira..nampak aku macam kuat menghadapi segala cabaran...tapi dalam hati...Allah yang mengetahui betapa aku cuba dan hampir tersungkur dalam menghadapi cabaran dan dugaan dari Nya...


jiwa aku...fikiranku...perasaan aku semua kosong sekarang....kosong sekosong2nya....Ya Allah...kuatnya dugaanMu padaku...adakah ni balasan atas dosa2 aku yang lalu....aku xmampu hadapinya seorang diri...aku kehilangan 2 orang yang sangat aku kasihi dan sayangi...Ya Allah...kuatnya dugaanMu....

p/s : pada dia..aku dapat rasakan dia sedang mengenal hati budi seorang gadis...aku gembira walaupun dalam hati aku terguris luka yang amat dalam kerana dalam masa yang terdekat ni dia mampu mencari pegganti aku..sesungguhnya ya Allah..hanya Kamu yang berhak mengubah kasih sayang seseorang itu...biarlah demi kebahagiaannya..aku sanggup menjadi korban pada perasaan aku sendiri....

onyang...k.yung doakan semoga roh onyang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh...terkilan sangat2 sebab dia pergi sebelum merasa gaji pertama aku bekerja dalam bidang yang aku ceburi ni...aku xkan melupakan saat2 aku dengan dia...lagu2 yang didodoikan untuk aku dengan adik2 aku masa kami masih kecil....kasih sayang yang diberikan pada kami...nasihat2 yang diberikan...aku rindukan semua itu terjadi semula seperti 10 tahun lepas...aku rindukan saat2 itu...akhirnya dia pergi menghadap Illahi hari ini...dalam aku cuba menahan kesedihan aku atas kata2 dia..aku dikejutkan dengan berita sedih ini...aku lemah sangat...lemah sangat jiwa aku sekarang....seakan aku ingin tinggalkan dunia ini...


...........kadang2 muluahkan kata2 memang senang...buat janji pun senang...tapi sampai masa semuanya hilang...ni la nasib yang diterima oleh seorang perempuan yang lemah....semua lelaki hanya pandai nak ambil kesempatan atas kelemahan kaum perempuan ni...masa berkasih sayang buat janji senang je..sanggup menempuh segala dugaan dan rintangan bersama2...bila datang rintangan tu..kata xsanggup..itu la, ini la...macam2 alasan yang jelak didengar di lontarkan...kononnya nak lepaskan diri konon...tinggallah perempuan tu terkontang-kanting menanggung malu sendirian..yang malu, yang maruah diri tergadai perempuan..lelaki tau sedap je...da bosan, da benci, da meluat..campak ke tepi segala kasih sayang tu..macam sampah yang da busuk,da berulat...inilah nasib seorang perempuan...sakit, malu semua tanggung sendiri..lelaki senang..da benci, meluat tengok barang da lusuh ni buang aje..melambak barang baru sekarang...sapa suruh ko bodoh ikut cakap aku!