twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

bila kenang2 balik macam kelakar je pasal kawan2 aku ni...ni aku nak bercerita pasal kawan2 aku zaman poli dulu...dulu aku belajar kat Politeknik Sabak Bernam...memang best sangat sebab banyak menyimpan kisah suka dan duka aku dulu..yang penting, aku bertemu cinta hati aku kat situ..hihih...ok...aku bukan nak citer pasal detik pertemuan aku ngan cinta hati aku tu...aku nak bercerita tentang kisah kawan2 aku yang sekelas ngan aku dulu...memang kelakar sangat!apa tak nyer...da dewasa ni masing2 menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati sendiri..nak di jadikan cerita, sebahagian pilih jodoh dalam kelas sendiri je...memang tersenyum sorang2 la bila kenang balik...dulu sentul dengan ety...last ke jinjang pelamin...pastu mieya-wan,azuan budin-natrah,intan-pzan (jodoh xde,tputus ditengah jalan),baru2 ni wahida-ubaidi...selamat da berkahwin....hmmm....sebut pasal kawen...da hampir separuh kawan2 aku yang berkahwin da...antaranya...

1) abang tompek - sem 5 xsilap aku dy kawen
2) kak bai - ngam2 hbs blaja trs kawen
3) kak thiba - sem akhir tu dy da da daftar perkahwinan dy..mgkn da ade anak kot skrg....
4) seha - kawen masa sambung degree...pastu berenti bila dia da mengandung...
5) huda - dok berteka-teki sama ada dy kawen ngan abg joe atau omar,last2 dy pilih omar..alhamdulillah..da 2 anak skrg....
6) haniza - budak integrasi dulu..xberapa rapat sangat ngan dier..dengar da kawen ngan da ade anak..n tgh mengandung lagi....
7) mas - berkahwin ngan cinta hati dy..xsilap aku lama kot bcinta n skrg tgh mengandung anak 1st....
8) azim - dy ni xberapa rapat ngan aku..da berkahwin ngan dak poli gak,dak sijil awam dlu..amah...saing ngan mas kawen tp belum dkurniakan cahaya mata....
9) ety - selamat jadi isteri sentul....
10) sentul - selamat jadi suami ety...=)
11) wahida - pon da selamat jadi isteri john....
12) john - pon da selamat jadi suami wahida...selamat penganti baru...=)
13) rambo - punya hengat dy la kawen lambat skali sbb tgk kenakalan dy...last2 kawen dulu ngan kawan baik ex-gf dy...huhuh..da jodoh...xde sapa yg tau....

itu senarai yang da selamat...yang belum selamat lagi haa....

1) abg koa chee yeong - da ade tapi senyap je ntah da kawen ke belum...
2) ain rahim - da selamat bertunang da..tahun depan kawen..=)
3) kak intan - da selamat bertunang juga....
4) brado man - bakal berkahwin bulan 11 ni....
5) intan - pernah bertunang ngan pzan..tapi xde jodoh n terputus..skrg da bahagia dengan insan baru...
6) pzan - sama je ngan intan..da bahagia ngan org baru...
7) naem - da bertunang ngan dak poli gak...mell
8) wan sakit - dengar dengan mieya..tp, jap on,jap off...
9) mieya - dy ni pon sama je..jap on,jap off...tgu dan lihat je laa....hihih
10) azuan - dgr nk rapat alik ngan nat....
11) nat - bakal bsama dengan dak klas sendri..si azuan tu...
12) shada - masih bersama dengan junior DKE tu..khairul...
13) wan toilet - xtau ape cerita dy....hehehe
14) apis - xtau citer...masih lagi ke dengan dak DSK tu??
15) zul - bunyi cam baru putus cinta je.....
16) apek - masih tercari2 lagi...=)
17) ros - tgh bunga2 cinta sekarang...hehehe
18) teddy - pon xtau citer sekarang...
19) bel - da bertemu cinta baru..cinta 1 pejabat....
20) wancai - masih setia dengan makwe lama dak DSK tu....
21) yatt - xpasti dah berpunya atau belum...dulu minat kat dak DKE....
22) muntok - xpasti da berpunya..rasanya dah kot...selalu kena kait dengan wandy...
23) wandy - mangsa baru gosip dak ex-class DKA...cam ade chemistery ngam muntok..huhuhu
24) shabib - pon xpasti ngan sapa..jap on-off je...
25) sape lagi haaa....ooo...lupa...tuan punya diri..hehehe...sy,aishah - masih lagi setia pada yang 1..si dia yang berjaya mencuri atiku..chewahh...menunggu masa dpt perlepasan nak berkawin je...doakan jodoh kami panjang ye...hehehe.....


masanya apa?masanya untuk menghilangkan diri la...wat seketika je...mengubat ati yang sedih...


*sekadar berkongsi artikel yang aku amik dari blog sahabat yang pada aku rasa menarik.....






Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat
badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti
berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang
waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa
dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak
menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka
sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah
tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah
kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan
bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila
mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki
berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumahï. Lelaki akan merasa selesa
setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah
bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih
tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah

menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.
Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan
masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,
periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak
bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat
suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang
dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat
mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.
Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.
Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi

Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan
yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di
mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma
bahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda
mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab
dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke
atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir
89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19%
kes penceraian.

Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya.

Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut
kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih
mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau
mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila
wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada
suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik
beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang
sebegini.

Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi
isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah
berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,
isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat
atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang
mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus
mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya
tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan
penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan
lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.
Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai
susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin
lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga,
buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat
dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.
Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas
berumah tangga atas faktor hubungan seks.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut
buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang
telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun
mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai
isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan
anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan
pemakanan sihat sekeluarga.


*aku tertarik kat ayat aku bold kan tu je...so,kepada sesiapa yang berkenaan...aku ingin bertanya..salah ke aku memasak guna resipi?salah ke aku mengumpul semua resipi sebelum aku berkawin ni?semua aku lakukan untuk suami aku nnti...so salah ke?aku akui aku tak pandai masak...apa salah kalau bagi aku semangat...ni asyik nak condemn je...memang dunia ni x adil kan....nak aku ulang citer pasal perhiasan berhabuk tu ke????


heee....dengan ini aku da tukar nama blog aku dari 'Insan Bernama Aishah Zakaria' ke 'Aishah Humaira'..maksud Aishah Humaira tu 'si merah Aishah'...mana aku dapat nama ni??haa....sebab dari kecik lagi ramai orang tegur napa muka aku selalu merah je..belum lagi kalau aku diusik oleh kawan2..tahan malu sampai muka aku jd cam udang kena bakar...hahahaha...dulu xramai yang tegur..sampai ada yang cakap aku asyik sakit je sebab muka merah je...sekarang ramai yang tegur...ntah..aku pon xtau..kurniaan Allah Taala,aku bersyukur dengan apa yang ada...


Ya Allah...punya lama sey aku xbuka blog aku ni...rindu sangat nak menulis..maklum la cuti 2minggu berhari raya pon bukan dapat on internet..line kat umah aku tu cam hampeh je..rindu sangat2 nak post macam2 dalam ni...banyak cerita yang aku nak kongsi dan dan luahkan dalam blog aku ni...jangan terkejut andai 1 hari ni aku banyak hantar post baru..hehehe...chao!...(^.^)v


Setelah hampir 2 bulan aku tak menjenguk rumah aku, hari ini aku nak balik kampung...yuhuu...happy2...maklum la nak balik beraya punya pasal..ramai kawan2 aku pelik tengok perangai aku sebab nak dibandingkan dengan dyorang, rumah aku la paling dekat skali..kat n9 je..3jam perjalanan je dengan bas..tapi, akulah insan paling malas nak balik kampung. sebab ape? ntah..aku pun tak tau..huhuhu...sejak aku masuk asrama lagi memang aku jarang sangat balik..sampai saudara-mara aku pun tkejut tengok perubahan diri aku sebab jarang jumpa aku..lagi satu, adik-beradik aku semua kalau balik cuti belajar xsuka keluar...terperap je lam rumah..sampai orang kampung pun xtau mak aku simpan 2 orang anak dara & sorang budak bujang..sebab tu xde sapa masuk meminang aku berbanding dengan kawan2 kampung aku yang suka enterprem ke hulu ke hilir ngan motor tu, semua da ada orang meminang...xpela, janji aku da ada seseorang yang bermakna dalam diri aku..tunggu masa untuk dipinang je....elokla makcik2 kat kampung tu xtau kewujudan aku..kalau adik aku yang bongsu tu xpe kalau orang kampung masuk meminang...hehehe..sorry aa dik..kalau xnak kawen ngan orang kampung sendiri, cepat2 cari 'kawan' kt u ko tu..huhuhu....

ape daa aku merapu pagi2 ni..maklum la excited nak balik...hmm...kalau line ok kt kg rajin la aku update blog aku ni..ni line kt kg pon cam hape je...hopefully mak aku bagi la aku mengasah bakat aku wat kek raya ni..hahaha..ok kawan2..kalau rajin aku akan menulis lagi..adios....(^.~)v