twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

kenapa orang lelaki ni suka sangat pada kecantikkan?kalau boleh semua nak perfect je..kenapa ye?bila ada perkara yang tak memuaskan hati mereka,yang akan disalahkan perempuan..kenapa ye..bagi mereka,mereka nak seseorang perempuan tu sempurna serba-serbi dalam semua hal..bila perempuan tu gagal menyempurnakan kehendak mereka tu,mereka akan meletakkan kesalahan itu di atas bahu perempuan..mungkin aku rasa pendapat lelaki tu..(tak semua la kot)..perempuan ni ibarat perhiasan yang cantik dalam sebuah almari kaca..dy nak perhiasan tu sentiasa cantik je bila dipandang dan dia akan merasa bangga bila orang memujinya berjaya memperolehi perhiasan tu..satu hari bila si lelaki tu terpandang pada perhiasan tu,dy menyedari perhiasan tu semakin pudar rupanya dan berhabuk pula..dy mula menyalahkan perhiasan itu kenapa tidak sentiasa bersinar dan kenapa perlu berhabuk pula??mungkin ade sesetengah lelaki akan cuba membersihkan habuk tu secara perlahan2 dan tidak cuba mencalar perhiasan tu kerana perhiasan itu sangat bermakna pada dirinya..ada pula sesetengah lelaki membersihkan kotoran pada perhiasan tu dengan cara yang amat kasar sehingga mencalarkan permukaan perhiasan tu...mungkin ada juga yang terus membuang perhiasan tu bila dy mendapati perhiasan tu tidak memberi apa2 makna pada mereka dan mereka da berjumpa perhiasan yang lebih cantik dan menarik perhatian mereka..macam2....

p/s : susah nak faham ragam dan kehendak lelaki ni.....

1 comments:

  1. sgt mendalam.
    dan aku faham.. skang ni blum sempat nk comment pjg2...