twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

hidup ini penuh dengan cabaran...
ibarat kita sedang berjalan di atas jalan yang sangat luas..
di hadapan kita hanya ada jalan yang kita tak tau apakah penghujungnya...
adakah kita akan berjalan di atas jalan yang lurus?atau kita terpaksa berhenti di antara persimpangan dan kita perlu memilih 1 jalan yang akan menentukan arah kehidupan kita seterusnya..
dalam masa perjalanan itu, kita akan menemukan pelbagai rintangan..
onak dan duri..cabaran yang adakalanya menjadikan kita perlu kuat akal dan iman dalam menempuhinya..
andainya kita lemah..kita akan tersungkur..
jika kita kuat kita mampu untuk bangun semula dan merawat luka itu dengan sendiri..
adakalanya bila kita tersungkur, kita tak mampu untuk berdiri semula..
dan hanya menangis kerana kesakitan luka itu..
akhirnya ada seseorang yang melalui jalan itu dan membantu kita untuk bangun kembali...
dan dia juga sudi untuk menemani kita menempuhi jalan itu bersama2..
untung nasib akan bersama sampai ke akhirnya..
andai bertemu semula persimpangan yang menuntut kita dan dia untuk berpisah, redhailah pemergiaannya kerana kenangilah kebaikannya kerana pernah menolong kita sewaktu kita jatuh dahulu...



seburuk mana pun dia lakukan pada kita..walau sekejam mana pon dia menguriskan perasaan kita, kenangilah kebaikan dia di saat api kebencian itu mula dinyalakan oleh syaitan..kerana bila perasaan itu bertamu dalam hati, maka akan hilanglah perasaan dendam itu kerana menyimpan dendam tidak akan memberi keuntungan pada kita...^^

0 comments: