twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

semalam mak aku call aku...bercerita tentang majlis yang berlaku kat rumah aku...alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...1st...majlis cukur jambul anak sepupu aku...Saffiya Amni yang da cukup umur 4 bulan tu...comel dan putih macam ayahnya..huhu...kalau ikut keturunan belah aku memang separa rentung la kan...kui3...



ni budak putih tu...udah la putih..bibir merah giler



ni budak 3 orang ni selalu bikin kepala otak makcik2 dy pening..nak2 yang botak tu
datang rumah berlari2..panjat tangga..muka comel tapi xnak kat orang...sama je ngan baju putih tu..(abg kt si comel atas ni)



then...semalam...bukan setakat kenduri cukur jambul je yang berlangsung...ade perkara yang penting yang akan menjadi sesuatu perkara yang penting dalam hujung bulan 6 ni...lepas kenduri cukur jambul anak sepupu aku tu, family aku dan sedara mara terus ke Pasoh...bukan Pasoh 2 yang banyak meninggalkan kenangan sepanjang hidup aku..tapi Pasoh 3...untuk urusan merisik makwe adik lelaki aku...hasil dari perbincangan akhirnya mereka sepakat nak melangsungkan majlis pertunangan hujung bulan 6 ni..

aku sebagai seorang kakak hanya mampu berdoa agar pilihan adik aku ini adalah tepat setelah melalui beberapa perkara pahit kerana hubungan diorang tu...nak cerita balik memang aku malas la...sebab aku pon terlibat sama dan beberapa kali hati ini diguris..tapi aku bukan jenis yang menyimpan dendam tu...aku biarkan luka itu baik dan pulih sendiri..setelah melalui beberapa perkara yang menyedihkan membuatkan aku menjadi tegar dan seolah2 tiada perasaan...lebih baik begitu dari membiasakan diri merintih dan menangis..cukuplah aku menjadi lemah seperti dahulu..kini aku menjadi kuat..kuat untuk menempuhi apa sahaja cabaran...

pastu sedara mara semua sibuk bertanya pasal perasaan aku tentang adik aku yang lebih dahulu membuka jalan dari aku.  bagi aku, itu semua bukan masalah..sebab adik aku tu lelaki...jadi sikit pon tak meninggalkan kesan pada aku kalau dia bertunang..tunang je pon..tapi, syarat yang mak ayah aku tetapkan yang pasti aku yang akan berkahwin dahulu...hua3...tapi...bila tu???hahaha....tunggu aje lah ye...=)

yang penting sekarang aku nak siapkan projek aku..aku nak grad..aku nak keja baik...aku nak rancang masa depan aku....wahhhhh....duhai hati..bersabar ye...insyaAllah...jika itu telah ditetapkan untuk aku..aku terima dengan redha dan bersyukur...kali ni rasa bahagia sangat...tiada rasa terbeban dalam hati ini...=')



alalalala...tomey2...wink2....^_____^





0 comments: