twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

ade orang cakap yang pengalaman itu mengajar kita supaya sentiasa berhati2 dalam kehidupan ini sebab bila kita menempuhi pengalaman pahit tu membuatkan kita jadi terlalu berhati2 dalam membuat sesuatu tindakan..contoh aku la...bermacam2 perkara dan pengalaman yang aku tempuh..xkisahlah samada ianya pahit atau manis..semuanya kerana lumrah kehidupan sebagai manusia...

aku nak menulis pengalaman aku sebagai seorang pengguna perkhidmatan awam..kat Malaysia ni ada bermacam2 perkhidmatan awam yang disediakan..ada bas la..ada teksi la..ade LRT la...macam2..so aku beruntung dan bersyukur kepada tuhan kerana memberi peluang pada aku untuk merasa naik semua itu (wah..bangga betul rasanya bile 1st time naik menda tu semua)..huhuhu...

baru2 ni aku berpeluang menaiki 1 kenderaan awam iaitu teksi..kalau ikutkan aku lebih suka naik bas lagi sebab aku suka melihat pelbagai ragam orang dalam tu..(nasib xbaik ternampak orang beromen dalam bas...huhuhu).  tapi sebab aku bawa mak aku dan kawan aku yang masih naif keadaan dari KL sampai ke PJ so aku prefer naik teksi terus ke rumah makcik aku..sebelum aku naik tu aku teringat pengalaman aku naik teksi untuk ke stesen LRT dengan sorang sahabat aku dulu..maklum la kami berdua sama2 naif..sahabat aku plak nama je dok bandar tapi xhafal lagi jalan...huhuhu...(jangan ketuk kepala aku,ketuk kepala brader teksi tu ein..hahaha)..so, masa tu kebetulan bas yang terus ke stesen LRT tu da lepas dan kami kene tunggu lagi 1jam untuk bas lain kami pon jadi xsabar untuk berjimba2 masa tu terus amik keputusan naik teksi sebab memang berlambak la teksi kat tepi jalan tu..masa tu xtimbul pon rasa pelik kenapa ade orang yang macam nak gi tempat kerja xnaik teksi2 tu..semua macam rela tunggu bas je..aku dan sahabat aku tu pon naik la salah 1 teksi tu..:

aku : pakcik, boleh bawa kami ke stesen LRT T**** J***??
pakcik teksi : oo..boleh2...(sambil dia da start enjin teksi dia da memulakan perjalanan)..
pakcik teksi : tapi pakcik xpernah la gi stesen LRT so pakcik xtau la...
aku dgn kwn aku : hah???!!!(dalam hati aku da menyirap semacam da..kalau ko xtau stesen LRT tu kat mana ape jadah ko jadi pemandu teksi yang aku tgk lesen dia bawa teksi tu dalam 4 tahun!!!sengal!!!)
aku : habis tu kalau pakcik xtau watpe pakcik nak jalan, baik pakcik berenti je tepi jalan ni (nada aku tgh tahan bengang..sebab aku pon sama ngok xreti jalan gi stesen LRT tu)
pakcik teksi : xpela...kan ade signboard..kita ikut signboard je la...(kata pakcik teksi tu sambil tersengih2)

masa tu aku da mgumpat2 dengan kawan aku..aku rasa macam da kena tipu je..mentang2 dia tengok kami macam xtau arah tujuan senang je dy nak tipu kami....pendek cerita dia bawa kami pusing tempat tu sampai meter da cecah xsilap aku RM20++...sengal betol!!! last skali dia turunkan kami kat stesen LRT A*** J***..
nak xnak kne juga la bayar...dalam hati memang myumpah2..aku tengok makcik aku bawa aku xla jauh sangat...

so, sebelum naik tu aku tanya habis2 kat pakcik teksi tu tau ke x jalan gi umah makcik aku sebab kalau dia cuba tipu aku memang nak kena la...sejak pengalaman kena tipu tu aku terus jadi seorang yang cepat paham jalan dan tempat sebab aku xnak dikenakan oleh orang yang rasa dia tu bijak tapi sebenarnya hanya bijak memutar belit dan menggunakan kelemahan orang lain untuk hidup senang..


*credit to anizyn

Anda takut kolestol anda tinggi? Di sini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Jadi , bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan
5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

p/s : aku dalam proses menurunkan berat badan aku..ade makanan di atas ni aku amalkan seperti oat dan buah2an..hasilnya positif sebab dalam jangka masa 2minggu aku berjaya turunkan 1-2kg...


Job..Job...Job....
any job for me??
please offer me....hahaha
balada pencari kerja 
hurmm...
sebenarnya aku dalam keadaan yang gembira dalam sedih
nape aku cakap camtu???
sebab aku gembira pasal kawan2 rapat aku semua da ada perancangan masa hadapan
maksud aku nak ke peringkat yang seterusnya..
bertunang dan berkahwin
yang sedihnya...
aku perlu bersedia untuk kehilangan mereka
sebab aku tau...
bila da terikat
keadaan da xkan sama seperti dahulu...
serius...
kalau aku ditempat mereka pun
mungkin aku akan menghadapi situasi tu...
xde lagi kawan2 yang 1 kepala
boleh berkongsi suka duka
istilah kawan tu cuma sebelum berkahwin dan sebelum ade komitmen je
lepas ada kehidupan sendiri
semua itu perlu dilupakan
semua itu hanya tinggal kenangan je...