twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

1)   Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia. Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe 


2)   Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu. Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan.. 


3)   Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu. Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi. 


4)   Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi. Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe 


5)   Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni. Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya.. Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya..  “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”


sebelum tu aku nak ucapkan mekasih pada kawan2 yang sudi baca blog aku..dan sudi memberi komen dan nasihat samada kat ruangan komen atau dalam sms personal aku..komen kalian sangat2 aku hargai kerana aku tahu...aku tidak keseorangan di sini..cuma jika ada entri yang berkaitan perasaan aku, tak semestinya aku bermaksudkan orang yang pernah menghuni hati ini...itu semua kisah lama...masing2 ada kehidupan masing2 dan bahagia menhadapi situasi sekarang..xperlu diganggu orang yang sedang meniti kebahagiaan...sebab aku bersahabat dengan ramai orang..walaupun aku x merujuk kepada siapa entri itu cukuplah ianya mengambarkan ape perasaan aku padanya..bagi aku aku masih punya hak untuk menulis tanpa merujuk siapa orangnya..jadi..janganlah anggap aku masih belum pulih dari luka semalam...Alhamdulillah...aku sudah pulih dan dapat melupakan kesedihan itu..mungkin cinta itu masih ada tapi ia xkan membara buat dirinya lagi...=)


ermm...dalam minggu ni banyak berita yang mengejutkan berlaku dalam hidup aku.  1st kematian sedara aku sebab eksiden kat lebuh raya Karak, 2nd pemergian ayah sahabat baik aku, cik ros..pakcik Ahmad ke rahmatullah sebab sakit jantung...ya Allah...semoga Kau kurniakan kekuatan kepada mereka untuk menghadapi dugaan ini.

kisah pasal sedara aku tu..banyak khabar angin yang xberapa betul disampaikan..please la..kalau xtau cerita tolong jangan mereka cerita yang bukan2 sebab akhirnya menjadi satu fitnah. dan fitnah itu adalah 1 dosa.  sangat sedih masa aku sekeluarga menziarahi kuarga arwah. nak2 gambar anak dia masuk paper pasal kemalangan tu lagi meruntun hati si ibu.  pesanan aku pada kawan2 yang sangat suka memandu kereta laju tu..tolong la...ingatla keluarga tersayang dan ikutla peraturan jalan raya.  ape guna ade seat belt kalau xdigunakan. jalan raya tu bukan milik kita seorang..bila jadi macam ni menangis air mata darah pun da xberguna..memang..ajal maut tu semua di tangan Tuhan, tapi kita boleh berhati2 semasa memandu tu..sampai saat ni aku masih terbayang2 makcik aku tu sebab sama2 membesar dan bersekolah dalam kelas yang sama..sangat terkejut sebab dia pergi dalam keadaan macam tu..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

ros....aku harap kamu tabah ye...aku sentiasa bersama kamu...yakinlah bahawa Allah sayangkan ayah kamu.aku pernah mengalami saat2 yang getir dalam masa yang genting ni..ye...mungkin dugaan aku xseberat kamu..tapi aku dapat memahami perasaan kamu...jangan bersedih ye sahabat..ini adalah satu ujian dari Allah untuk kamu kerana Allah sayangkan kamu..maafkan aku kerana xdapat bercakap dengan kamu lama semalam...aku xdapat menahan sebak kerana dengar esak tangis kamu...ayah kamu seperti ayah aku jua..aku ingat lagi macam mana ramahnye ayah kamu melayan aku sampai terlepas cakap jawa dia...rasa dekat sangat family kamu dengan aku untuk menumpang kasih..semoga roh pakcik Ahmad di tempatkan dikalangan orang2 beriman..amin...

hujan turun renyai2 tatkala aku menulis entri ini...seperti mewakili kesayuan hati ini....macam2 dugaan yang aku telah lalui...semoga aku kuat dan tabah menghadapi semuanya....