twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

hai...jumpa lagi kita di blog yang sunyi dan sepi ini...mana xsunyinya...maklumla blog tak macam orang lain...penuh info...macam2 cerita...blog aku lak just untuk luahan perasaan aje..maklumla..nak jumpa kaunselor macam da tua je nak jumpa kaunselor kan...haha...xpela..janji aku tak susahkan telinga orang dengar aku bercerita dan penat mulut aku membebel je kan...keh3...

so..perjalanan pengajian aku hampir ke penghujungnya...apa yang aku nak simpulkan disini bukan senang nak capai kejayaan...dan bukan senang nak dapat peluang belajar...bila da dapat tu hargai sebaik2nya..jangan sia2kan...lagi satu...agak2 malas nak belajar tu tenung muka mak dan ayah...kamu akan temui satu perasaan yang sukar nak digambarkan dengan kata2...perasaan bangga dan bertuah kerana anak dapat menjejakkan kaki ke universiti...maklumlah masa diorang tak mampu belajar sampai ke tahap sekarang..nak jejak pintu pagar universiti pon xpernah...sekali anak2 dapat menyambung harapan tu setiap bulan ulang alik gi U je kan..hehe...untuk mak dan abah...kak yung bersyukur dan bangga ada mak dan abah...walaupun kadang2 keras kepala dan degil tu ada...tapi kak yung tau...mak ngan abah inginkan yang terbaik untuk kami adik-beradik kan...we proud with u...and full of love to u...=)

hurmmm...pastu terfikir hala tuju aku lepas ni...kemana ingin di bawa diri ini...ke utara ke..ke selatan...atau masih di sini....aku tau Allah itu maha mengetahui...pasti ada hikmahnya terhadap apa yang berlaku...dapat aku rasakan perancangan Allah itu sangat baik..walaupun susah mana pon dugaan itu..banyak mana pun rintangan yang aku telah lalui tapi ada je jalan penyelesaiannya..alhamdulillah..semoga semuanya berakhir dengan baik..

lagi satu...betul orang cakap..kata2 dan doa mak dan ayah tu keramat..nak2 doa mak...sebab aku dapat rasakan apa yang dia doakan untuk aku tu sedang diutuskan oleh Allah pada aku sedikit demi sedikit..mak...terima kasih...terima kasih kerana walaupun kadang2 ada je perkara yang kita tak sebulu (orang cakap kalau anak perempuan iras muka mak memang asyik nak gaduh je ngan maknya..huhuh) tapi mak tetap doakan yang terbaik untuk kak yung...hati ini makin tenang...dikelilingi oleh mereka2 yang menyayangi dan menerima diri ini....=')



0 comments: