twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

salam pagi ahad...Alhamdulillah pagi ni masih boleh bangun awal walaupun malam tadi aku tido agak lewat jugak la..kul 3 pagi masih terkebil2 dok pandang siling je..1st time aku tido sorang tanpa roomate2 aku..masa tu berfikiran positif je semoga tiada gangguan yang berlaku macam roomate2 aku kena hari tu..Alhamdulillah, memang tak ada ape2 yang berlaku malam tadi..tido pon just terganggu sebab pasang lampu kat tempat roomate aku..dalam tak cukup tido malam tadi tetiba dapat ilham untuk projek aku ni...Alhamdulillah...ku bersyukur padaMu tuhan kerana memberi aku ilham secara tiba2 untuk melancarkan projek aku ni..semoga dapat menyelesaikannya sebelum sampai ke hari presentation tu...sebenarnya, sekarang sangat sibuk membuat kajian atas bakteria yang diperolehi dari hasil buangan lembu a.k.a TAIK LEMBU tu sama ada boleh digunakan sebagai agen penyingkir logam atau bahan2 lain dalam air sisa industri berat...mula2 memang blur habis pasal projek ni...pada hemat pemikiran kreatif aku ni..ape la jadahnya guna menda kotor untuk bersihkan air..haisshhh...tak pernah dibuat orang!masa supervisor merangkap incik bos aku dok bercerabih membebel2 cerita pasal projek ni memang muka takde perasaan la dengarnya sebab masih tak dapat tangkap apa motif dan objektif kajian dia ni...yang bukan2 je...huhu...last2 bila da dok study..hari2 dengar dia cerita pasal projek ni baru la paham...ohoooooiiiii....aku memang lembab sket nak pick up hal2 macam ni...ahahaha...sebab tu kalau orang berkias dengan aku kadang2 cepat dapat tangkap niat orang tu..kadang2 tersasar..kadang2 tu langsung tak paham...sampai orang cakap aku ni kadang2 macam takde perasaan je...haha...maafla ye kawan2...sejak mengalami proses perlupusan perkara2 yang xperlu diingati banyak menda yang aku cepat lupa...jangan sampai nyanyuk masa muda ni sudah la...*muda lagi ke???ahahaha...peduli apa aku...;p...*


haa....sambung cerita...projek aku ni mula2 kena amik sampel taik lembu tu...kiranya..bukan amik dari taik yang da jatuh tu..kena korek dari dalam bontot lembu tu sebab dalam perut lembu tu la adanya bakteria yang dikatakan boleh digunakan sebagai agen penyingkir bahan2 lam air sisa tu...nama bakteria tu BOVINE...haa...sedap betul nama..huhuh...memang agak kesian la kat lembu2 yang jadi mangsa korekan kami sebab bayangkan la..kita yang manusia ni bila kena buasir ke..cirit ke..mesti rasa nak nangiskan..ni lak kena korek macam tu...kecuali GAY la kan..maybe tak rasa apa pon..tau sedap je..haihhhh....so, bakteria ni kena diperam 24jam untuk mendapkan segala sampah dalam taik dia tu...macam2 kitorang jumpa...plastik pon ade tau...dahsyat la lembu2 sekarang...huhu...so, lepas diperam tu yang nak dibuat kajian tu bahagian atas taik tu..sebab kat situ la terkumpul bakteria2 tu semua...


haa...ni la proses pengasingan bakteria yang nak dikaji tu...
bau dia toksah cakap laa...power wooo.....


pas pengasingan bakteria tu kena simpan lam "chiller" a.k.a peti sejuk bagi bakteria tu tak mati..kena lagi tunggu 24 jam lagi baru leh guna..untuk projek ni, 3 air sisa kitorang guna sebagai kajian...pome,tekstil ngan air ayam..pome tu hasil keluaran dari kelapa sawit..bau dia..Masya-Allah...hanya Dia je yang tau..tekstil plak hasil buangan dari kilang wat pakaian..air ayam lak dari reban ayam..tau je la bila air buangan ayam + darah ayam tu bau dia macam mana...kalau ikutkan kajian ni lepas amik air sisa pada hari tu, hari tu gak terus kena wat kajian sebab baru data dia accurate..tapi, sebab ada sebab2 yang tak boleh nak di elakkan jadi xpela...lepas dari proses pengasingan tu baru kitorang akan campurkan air sisa + bakteria + bahan2 kimia utk ujikaji mengikut parameter yang da ditetapkan tu.  ada 2 jenis proses dalam pembersihan air sisa ni..1. kaedah Aerobik..bukan senamrobik ye...Aerobik...proses pembersihan air sisa dengan mengizinkan oksigen masuk dalam tangki rawatan..proses ni makan masa 1 hari je...2. kaedah Anaerobik...proses pembersihan air sisa dengan tidak mengizinkan oksigen masuk dalam tangki rawatan..untuk proses ni plak makan masa hari..ikutla wape hari kita nak proseskan...aku pilih nak kaji Anaerobik sebab xterlalu tertekan macam proses Aerobik..penat wooo....so,sekarang tengah tunggu untuk dapatkan data2 dari reaktor yang kami bina tu..harap2 ok la...nak2 sepanjang wat projek ni selalu je jatuh sakit..tak demam,sakit tekak la..ape la..pendek kata memang tak sihat je la...yela..bukan senangkan nak capai apa yang kita impikan kalau xde usaha yang gigih..so,sabar je la..harap semuanya berakhir dengan baik...=)

ni la aktiviti aku untuk hari ini...kaji dan terus mengkaji...=)





0 comments: