twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

salam pagi ahad...Alhamdulillah pagi ni masih boleh bangun awal walaupun malam tadi aku tido agak lewat jugak la..kul 3 pagi masih terkebil2 dok pandang siling je..1st time aku tido sorang tanpa roomate2 aku..masa tu berfikiran positif je semoga tiada gangguan yang berlaku macam roomate2 aku kena hari tu..Alhamdulillah, memang tak ada ape2 yang berlaku malam tadi..tido pon just terganggu sebab pasang lampu kat tempat roomate aku..dalam tak cukup tido malam tadi tetiba dapat ilham untuk projek aku ni...Alhamdulillah...ku bersyukur padaMu tuhan kerana memberi aku ilham secara tiba2 untuk melancarkan projek aku ni..semoga dapat menyelesaikannya sebelum sampai ke hari presentation tu...sebenarnya, sekarang sangat sibuk membuat kajian atas bakteria yang diperolehi dari hasil buangan lembu a.k.a TAIK LEMBU tu sama ada boleh digunakan sebagai agen penyingkir logam atau bahan2 lain dalam air sisa industri berat...mula2 memang blur habis pasal projek ni...pada hemat pemikiran kreatif aku ni..ape la jadahnya guna menda kotor untuk bersihkan air..haisshhh...tak pernah dibuat orang!masa supervisor merangkap incik bos aku dok bercerabih membebel2 cerita pasal projek ni memang muka takde perasaan la dengarnya sebab masih tak dapat tangkap apa motif dan objektif kajian dia ni...yang bukan2 je...huhu...last2 bila da dok study..hari2 dengar dia cerita pasal projek ni baru la paham...ohoooooiiiii....aku memang lembab sket nak pick up hal2 macam ni...ahahaha...sebab tu kalau orang berkias dengan aku kadang2 cepat dapat tangkap niat orang tu..kadang2 tersasar..kadang2 tu langsung tak paham...sampai orang cakap aku ni kadang2 macam takde perasaan je...haha...maafla ye kawan2...sejak mengalami proses perlupusan perkara2 yang xperlu diingati banyak menda yang aku cepat lupa...jangan sampai nyanyuk masa muda ni sudah la...*muda lagi ke???ahahaha...peduli apa aku...;p...*


haa....sambung cerita...projek aku ni mula2 kena amik sampel taik lembu tu...kiranya..bukan amik dari taik yang da jatuh tu..kena korek dari dalam bontot lembu tu sebab dalam perut lembu tu la adanya bakteria yang dikatakan boleh digunakan sebagai agen penyingkir bahan2 lam air sisa tu...nama bakteria tu BOVINE...haa...sedap betul nama..huhuh...memang agak kesian la kat lembu2 yang jadi mangsa korekan kami sebab bayangkan la..kita yang manusia ni bila kena buasir ke..cirit ke..mesti rasa nak nangiskan..ni lak kena korek macam tu...kecuali GAY la kan..maybe tak rasa apa pon..tau sedap je..haihhhh....so, bakteria ni kena diperam 24jam untuk mendapkan segala sampah dalam taik dia tu...macam2 kitorang jumpa...plastik pon ade tau...dahsyat la lembu2 sekarang...huhu...so, lepas diperam tu yang nak dibuat kajian tu bahagian atas taik tu..sebab kat situ la terkumpul bakteria2 tu semua...


haa...ni la proses pengasingan bakteria yang nak dikaji tu...
bau dia toksah cakap laa...power wooo.....


pas pengasingan bakteria tu kena simpan lam "chiller" a.k.a peti sejuk bagi bakteria tu tak mati..kena lagi tunggu 24 jam lagi baru leh guna..untuk projek ni, 3 air sisa kitorang guna sebagai kajian...pome,tekstil ngan air ayam..pome tu hasil keluaran dari kelapa sawit..bau dia..Masya-Allah...hanya Dia je yang tau..tekstil plak hasil buangan dari kilang wat pakaian..air ayam lak dari reban ayam..tau je la bila air buangan ayam + darah ayam tu bau dia macam mana...kalau ikutkan kajian ni lepas amik air sisa pada hari tu, hari tu gak terus kena wat kajian sebab baru data dia accurate..tapi, sebab ada sebab2 yang tak boleh nak di elakkan jadi xpela...lepas dari proses pengasingan tu baru kitorang akan campurkan air sisa + bakteria + bahan2 kimia utk ujikaji mengikut parameter yang da ditetapkan tu.  ada 2 jenis proses dalam pembersihan air sisa ni..1. kaedah Aerobik..bukan senamrobik ye...Aerobik...proses pembersihan air sisa dengan mengizinkan oksigen masuk dalam tangki rawatan..proses ni makan masa 1 hari je...2. kaedah Anaerobik...proses pembersihan air sisa dengan tidak mengizinkan oksigen masuk dalam tangki rawatan..untuk proses ni plak makan masa hari..ikutla wape hari kita nak proseskan...aku pilih nak kaji Anaerobik sebab xterlalu tertekan macam proses Aerobik..penat wooo....so,sekarang tengah tunggu untuk dapatkan data2 dari reaktor yang kami bina tu..harap2 ok la...nak2 sepanjang wat projek ni selalu je jatuh sakit..tak demam,sakit tekak la..ape la..pendek kata memang tak sihat je la...yela..bukan senangkan nak capai apa yang kita impikan kalau xde usaha yang gigih..so,sabar je la..harap semuanya berakhir dengan baik...=)

ni la aktiviti aku untuk hari ini...kaji dan terus mengkaji...=)






first...aku nak ucapkan mekasih banyak2 pada semua yang prihatin terhadap aku yang kelihatan masih single n available *hakikatnya memang masih dalam situasi tu pon..hahaha...dan kepada mereka2 yang cuba mengenen2 member masing2 kat aku...sangat terharu dengan usaha kalian untuk diri ini...sesungguhnya akan tiba masanya untuk aku akan tukar status diri ini sejak lama kosong tanpa diisi oleh sesiapa lagi...hanya yang masa yang menentukan semuanya....cepat atau lambat...jangan risau ye kawan2...doakan semoga cepat tiba masa aku ye....

tetiba diserang demam...sakit tekak ngan dada neh...ni mesti da kena jangkitan virus or bakteria dari projek air sisa yang tengah aku wat sekarang...yang tidak2 je supervisor aku ni punya projek...main taik lembu la..main air kotor la...haihhh....akhirnya,student yang jatuh sakit.....=(




agak2 kalau ada member macam ni memang da lama kena hempuk ngan aku ni...hahaha....







happy sunday day....^____^


masing2 agak sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing2...diharap agar kita dikurniakan kesihatan yang baik dan mungkin Allah sedang menguji diri kita dalam berdepan situasi ini...so..just face it with full of patience...insyaAllah...semoga akhirnya dipenuhi kisah gembira...=)




pernah tak ade kawan2 korang yang ade fiil yang kadang2 tu wat korang annoying dengan perangai dyorang??haha..nama pun manusia kan..jadi tak semua orang tu sama je perangai masing2..kadang2 perangai yang membuatkan kita rasa annoying dengan dia tu la yang membuatkan dia seorang kawan yang istimewa..aku pernah berdepan dengan bermacam2 perangai kawan2 aku yang mampu membuat aku hangin 1 badan masa berdepan dengan diorang dan akhirnya membuat aku tersenyum sorang2 bila mengenang balik situasi tu...

contoh, ada seorang kawan aku ni..jenis tak boleh orang ganggu masa tido dia...memang cukup pantang bagi dia kalau masa tido dia terganggu...ok...masa tu masing2 memang sangat alert dengan sensitiviti dia dan semua bagi kerjasama untuk memastikan dia mendapat kualiti tido yang baik...tapi,perkara yang membuat orang jadi menyampah dengan dia sebab keresahan dia tu menyusahkan orang lain..bila orang lain nak study or stay up tengah malam siapkan tugasan masing2..memang akan buka lampu study di meja masing2..yang kawan aku ni boleh bangun dan sound roomate yang lain ni tolong tutup lampu untuk hormat dia tido...aduhaii...jam study orang tak sama dengan ko ok..jadi ko tak boleh paksa orang lain ikut cara ko..hidup dengan pelbagai orang ni perlukan kita belajar cara menghormati orang lain dan bertolak-ansur...cukup punya baik orang tutup lampu utama dan pasang lampu study kat meja masing2..takkan tu pun ko tak puas hati???lagi 1 fiil yang membuat kawan aku ni selalu jadi mangsa kutukan sebab sensitifnye telinga dia pada bunyi2an..ok..aku paham ade jenis yang suka pasang lagu kuat2..tiba masa ko nak rehat masing2 pandai pasang headfon..tapi..bila ko sound suruh tutup lagu walaupun orang tu dengar dengan headfon, tu membuat orang akan bengang dengan ko!power sangat ke telinga ko sampai da pasang headfon pon masih leh tangkap bunyi lagu tu???haishhhhh

tu cerita sorang ex-roomate aku dulu...yang ni pulak ex-classmate aku lak...dia ni jenis yang nak kata kaki sibuk pon boleh..mamarazzi pon boleh..kepoh pon boleh..perangai annoying dia ni pulak dia suka bercerita tentang rahsia dia or orang lain kat orang..pastu ayat last dia..."jangan bagitau orang lain..aku cerita kat ko je tau..." tapi cerita yang sama dia citer kat orang lain...bila orang lain tu ulang balik citer tu kat dia..tetiba berpura2 macam tak tau ape2...macam bukan dia yang cerita cerita tu kat orang tu...pastu dia letakkan kesilapan tu pada orang yang terlibat yang dengar cerita dia tu sebagai orang yang menyampai cerita...haihhh...memang mulut longkang betul...teringat lagi macam mana dia kenakan aku dulu...tapi,nasib kena balik sedas dari aku..terus putus kawan...tak heran aku dengan orang mulut busuk macam ko...haihhh..selisihan!!!!

ade juga yang jenis cakap dia je yang betul...cakap orang lain semua dia bangkang..sangat annoying tu bila dia minta pendapat untuk settlekan masalah dia...dan as a friend..kita bagi pendapat dan yang minta pendapat tu harus mendengar dan menimbangkan pendapat tu ok atau tak...tapi belum habis pendapat yang kita berikan dia da kondem kita macam2..rase masa tu nak tukul2 je dahi dia...!tapi..sebab status kawan tu..sabar je la kan...nasib la ko kawan dari kecik sampai ke sekarang..kalau orang lain lama aku stonecold je dahi dia..haha

tu antara perangai2 orang yang mula2 rasa menyampah sangat2...tapi bila kenang balik dia jadi bahan ketawa di waktu sengang ni....;)



terkadang pengalaman manis dan pahit itu merupakan guru yang terbaik untuk kita terus meniti kehidupan di masa akan datang...jadi..teruskan melangkah dengan penuh yakin kerana kebahagiaan itu pasti untuk kita....=)



menghitung hari nak balik rumah...rindu sama mereka2 di rumah dan si tecik yang suka gigit kaki orang tuh..haihhhh~