twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>


hurmm...walaupun ada beberapa perkara yang aku tempuhi banyak menguji kesabaran dan kekuatan diri aku untuk berdepan dengannya, tapi aku pasti..setiap yang berlaku ada hikmahnya..selalunya aku temui hikmah tu lepas kejadian tu agak lama berlalu...dan ada masa gerak hati aku tepat mengandaikan sesuatu perkara itu..apa pon yang terjadi..kehidupan perlu diteruskan dan ditempuhi dengan lebih tenang kerana pasti banyak perkara yang lebih baik menanti dihadapan sana...jangan toleh ke belakang lagi dan menangisi setiap apa yang terjadi dan tindakan yang kita lakukan yang kadang2 mungkin ada tersilap langkah...kerana itu semua pengalaman...pengalaman yang akan menjadi pengajar yang terbaik untuk diri kita...=)


2 perkara yang membuat aku teruja sekarang...satu..menunggu lamaran kerja dan kedua graduasi aku...tak sabar menanti kedua2nya...salah satu antara momen manis dalam kehidupan aku setelah berdepan dengan dugaan dan cabaran sepanjang menghabiskan pengajian...walaupun lewat namun aku tau...memang rezeki aku untuk menghabiskan pengajian kerana walaupun aku diduga dengan hebat dan hampir2 tersungkur..tapi aku mampu bertahan....thanks to my dead supporter aku...keluarga aku yang banyak memberi kekuatan pada aku...dan kawan2 yang sentiasa berada di samping aku....


0 comments: