twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

Satu hari ade sorang sahabat aku bertanya pada aku...
"kenapa tuhan temukan dengan orang yang salah...
kita bercinta dan mewujudkan jalinan kasih sayang tu..tapi akhirnya tuhan tarik semula nikmat itu 
dikala kebahagiaan sedang meniti puncaknya?
itukan tidak adil?"
aku hanya tersenyum...
"jangn disalahkan tuhan kerana kurniaanNya itu..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,bukan?"soal aku balik pada sahabat aku...
"sesungguhnya kita perlu bersyukur kerana tuhan sudah kurniakan perasaan kasih sayang itu...
selama ini kita xmengerti apa itu kasih sayang sesama manusia..
selama ini juga kita dikelilingi oleh kasih sayang orang tua dan keluarga kita..
ada hikmahnya kejadian semua ini..
mungkin ada satu kesilapan yang membuatkan kita membuka mata untuk menilai kesilapan itu dan cuba untuk tidak mengulanginya semula
jangan sesekali menyalahkan takdir kerana kekecewaan yang lalu...
hanya doa yang terbaik untuk dirinya supaya dilimpahkan kebahagiaan
jangan membenci
kerana semakin kita membenci,semakin kuat perasaan cinta itu...
lepaskan ia pergi dengan hati yang tenang
dan dekatkan diri kita pada Pencipta kita...
kadang2 perasaan cinta pada manusia ini melebihi perasaan cinta padaNya..
sekurang2 tuhan tak pernah meninggalkan kita seperti manusia...
perbetulkan semula diri kita
insyaAllah...hati kita akan tenang
jangan dihalang andai cinta datang lagi...
cuma berpada menyayangi orang lain.."
sahabat aku tersenyum lalu berkata
"awak pernah gagal bercinta sebelum ni?"
aku tersenyum
"itu semua lumrah kehidupan sebagai manusia di atas bumi Allah ni..tapi saya xpernah menyalahkan dan mengatakan bahawa cinta yang lalu itu adalah 1 kesilapan..saya bersyukur kerana cinta yang pernah terjalin antara saya dengan dia banyak menyedarkan saya tentang kenyataan hidup ini..dan saya masih ada mereka2 yang menyayangi saya..."
"terima kasih banyak2 kerana awak menyedarkan saya sesuatu kerana saya masih punya harapan lagi untuk kali kedua walaupun bukan bersamanya..."
sahabat aku tersenyum dan berlalu..semoga kamu tabah ya sahabat......

1 comments:

  1. takde manusia yang sempurna di dunia ini. kita belajar dan sentiasa belajar dari kesilapan lalu supaya keadaan akan datang akan menjadi lebih baik dan sempurna.

    Gagal untuk dibalas dengan usaha.
    Kejayaan pasti akan datang!
    Insya Allah..

    Allah sentiasa ada setiap masa. Dengan harapan kita perlu meyakiniNYa.