twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

cuti2 malaysia ni aku habiskan masa dengan tengok tv..nak2 adik aku buka channel astro history..best plak dokumentari dia..so layan je la...tetiba aku terfikir pasal hadiah..bukan terfikir nak bagi sesiapa pun..lagipun xde sesiapa yang rapat dengan aku tarikh lahir dia dalam masa terdekat ni..cuma terfikir nilai sentimental yang terdapat dari hadiah2 yang kita terima..selama ni main ambik je dan xpernah terfikir ape maksud pemberian hadiah tu kan..so, aku search kat Incik Google akhirnya aku dapat apa maksud tersirat di sebalik hadiah2 yang pernah diterima atau belum....

1) jam tangan - tu tandanya si pemberi hadiah tu mengingati kita agar sentiasa peka terhadap masa dan waktu kerana baginya setiap masa yang diperuntukkan pada kita itu sangat bernilai harganya..
2) cincin - tu tandanya si pemberi tu nakkan ikatan kasih yang disimpul tu kekal abadi..xkisah la cinta ke..persahabatan ke..sebab kita akan sentiasa pakai cincin tu jadi automatik kita akan sentiasa terkenangkan dia..xkisah la tu dari pemberian siapakan..multi purpose la katakan...hehehe 
3) gelang - tu tandanya si pemberi tu sangat mesra dengan kita. lebih kurang macam cincin..sebab gelang tu terletak pada tangan..kita mudah mesra dengan sentuhan..(sama jantina xpe..lain jantina kang ke lain perginya..hehe) 
 4) rantai leher - tu tandanya si pemberi tu mahukan kita memberi perhatian terhadap apa yang dia lakukan untuk kita
5) subang - tandanya si pemberi itu sangat menghargai dan menghormati diri kita dan meletakkan kita paling utama kerana telinga kita terletak di sisi kepala, dan kepala adalah tempat paling tinggi sekali...
6) kasut - tandanya si pemberi itu sangat mengambil perhatian dan prihatin pada kita..dia nak kita sentiasa rasa selesa bila bersama dengan dia 
 7) pakaian/kain - tandanya dia mahu kasih dan sayang itu sentiasa bekekalan dan dia mahu kita berada dekat dengan dia selalu...=)
 8) payung - tandanya si dia mahu kita menganggapnya sebagai pelindung di masa kita memerlukan dia
 9) minyak wangi - tanda cintanya pada diri kita
10) bingkai gambar - tandanya dia sentiasa mahukan kita merinduinya dan dia xmahu berjauhan dari kita..so, dapat je bingkai gambar dari dia masukkan la gambar dia...hehe
 11) buku - menggambarkan si dia bersifat terbuka dan bertolak ansur..kalau dia berikan majalah pengantin..anda pon memahami apa maksudnya bukan...=)
12) bunga - tanda dia ingin mengenali kamu dengan lebih dekat dan menunjukkan kasih sayangnya pada kamu
13) coklat -tandanya cintanya pada kamu sangat manis dan kamu telah menyempurnakan hidupnya
14) lagu/cd/kad ucapan - tandanya untuk menyemarakkan api cinta yang membara antara kamu berdua
15) sejadah & al-quran - tandanya dia menyayangi kamu di dunia dan di akhirat
16) handphone - tandanya si dia xmahu kami berjauhan darinya dan mahu kamu sentiasa dekat dengannya
17) hadiah terakhir..yang paling bermakna dalam hidup seorang gadis...hadiahnya ialah MEMINANG...sememangnya saat yang di tunggu2 dan di impikan oleh semua gadis...apabila di lamar oleh seseorang yang sangat dicintai untuk menjadi suri hidup..tandanya si dia sangat serius untuk hidup bersama2 dengan kamu dan sangat mencintai kamu seadanya..

fuh...sambil aku menaip entri sempat pulak aku berangan...terutama part hadiah yang last tu...kesemua hadiah itu pernah aku miliki cuma yang terakhir belum sampai masanya..xbanyak yang aku pinta hanya dia mampu untuk menyayangi aku, menerima aku seadanya dan dapat membimbing diriku..cuma...siapakah orangnya??hanya Allah yang mengetahui..hanya doa yang mampu aku panjatkan semoga bila sampai masanya aku dipertemukan dengan seseorang yang tepat menjadi sebahagian diriku...

*apasal aku jiwang karat hari ni usah ditanya...pengaruh hormon kot...hehe....

2 comments:

  1. aku nak hadiah gak...hahaa

  1. ko aku bagi kushen la...yang rupe singa mulut tnganga keluar ayor tu...hahaha