twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

akhirnya hari lahir aku tiba lagi...hari ni,20 Ogos 2010 secara rasminya genaplah umurku 25tahun...Alhamdulillah..aku bersyukur ke hadrat Mu ya Allah kerana telah memberi peluang pada diriku untuk bernafas dan hidup di atas bumi Mu ini selama 25tahun...banyak sungguh dugaan dan cabaran yang telah aku tempuhi..sesungguhnya lumrah kehidupan manusia yang sentiasa diberi ujian oleh Mu untuk menguji sejauh mana teguh dan taatnya umat Mu pada Mu ya Allah...berkat kesabaran ku dan sokongan kuat dari mereka2 yang sangat aku sayangi,aku berjaya menempuhi segala dugaan itu...doaku untuk diriku..Kau berilah keberkatan pada setiap apa yang aku lakukan dan juga pada baki umurku yang aku tak pasti sampai bila aku akan dapat menghirup udara Mu..Kau jadikanlah aku seorang anak yang baik untuk kedua ibu bapaku,berikanlah peluang untuk aku balas jasa2 mereka yang mungkin tak dapat dibalas dengan wang ringgit..berikanlah peluang pada aku untuk membahagiakan mereka sebelum mereka menutup mata..makbulkanlah doa mereka untuk kebahagian kami sekeluarga..

aku juga bermohon agar percepatkanlah jodohku dengan orang yang amat aku sayang dalam hidup ini..satukanlah hati kami dan Kau restukanlah jodoh kami semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan ke syurgaMu..sesungguhnya sudah banyak dugaan demi dugaan yang kami tempuhi..Kau permudahkanlah urusan kami dan bukakanlah hati keluargaku untuk menerima jodohku itu...

Kau lapangkanlah dadaku untuk senang menerima pelajaran dan Kau berikanlah keberkatan rezeki pada diriku ya Allah...luaskanlah sumber rezekiku dan permudahkanlah segala urusanku agar semuanya berjalan dengan lancar..

ya Allah..makbulkan lah doa hambaMu ini..sesungguhnya aku insan yang amat lemah tanpa Mu Allah...makbulkanlah doaku..Amin~~~


p/s : da masuk umur 25tahun ni aku perlu 
        matang dalam segala hal..xboleh 
        berperangai macam 
        budak2 lagi..=)

2 comments:

  1. eleeehhhh...matang la sangat..jadi bebudak la best...keh3...

    slamat hari tua ye datin echah...khwn cepat weeeiii

  1. hepi belated bday...rumate sendiri pn xtahu...xguna tul rumate akk ni ek..