twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>


sekadar berkongsi artikel yang saya petik dari blog sahabat...


Celcom hanya pandai klentong

TUJUAN saya menulis ini kerana ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap mutu perkhidmatan jalur lebar Celcom.

Adakah kelajuan capaian Internet dikawal dan tidak seperti yang ditawarkan dalam pakej? Ini kerana capaian Internet saya kerap kali terganggu dan perlahan.

Apa gunanya saya ambil pakej laju (tinggi), tetapi sebenarnya tidak laju.

Untuk makluman saya mengambil pakej: C-Broadband Advance (Data Only) - RM98. Tujuan utama saya melanggan jalur lebar Celcom adalah untuk mempermudah dan menyegerakan semua urusan melalui Internet serta paling penting urusan berkaitan dengan perniagaan saya.

Saya sebagai pengguna sudah dua kali membuat aduan dan susulan melalui talian 1111 dan kepada pejabat cawangan Celcom di Seksyen 9, Shah Alam.

Kesan atau perubahan yang diberikan, tidaklah seperti yang diharapkan. Saya tidak tahu sama ada dipertingkatkan ataupun tidak. Pada saya sama sahaja.

Penggunaan pada sebelah malam, lebih-lebih lagi pada malam minggu terlalu perlahan dan ada kalanya tidak boleh online langsung.

Jika alasan yang diberikan talian sesak, saya memiliki akaun persendirian, bukannya berkongsi. Lagipun itu bukan masalah kami. Kami membayar perkhidmatan dan kelajuan capaian Internet yang ditawarkan. Sepatutnya sebagai pengendali, pihak Celcom telah dan lebih bersedia serta boleh menjangkakan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

PENGGUNA TERKILAN

Shah Alam, Selangor




p/s : sangat suka pada artikel ni sebab 
aku pon pakai line celcom untuk broadband..
macam hampeh line dia walaupun dok bandar, 
inikan kat kampung aku lagi la...rasa macam nak 
campak je sim kad celcom tu kat tokey celcom tu! 
iklan berdentam dentum kat tv kata perkhidmatan terbaik.  
macam manalah melayu nak maju..bila support maxis atau digi 
kata xnk tolong bangsa sendiri.  paling xley blah masa download file,
xkisah la file apa..lagu or movie.berjam2 nak tunggu habis download.
kadang2 makan masa berhari2..wahai pihak celcom,kami bayar bil setiap bulan..
tolonglah lakukan sesuatu untuk mantapkan lagi perkhidmatan anda..jangan salahkan 
kami andai kami pilih rangkaian lain yang boleh berikan kepuasan kepada kami, 
yakni pengguna ini..customer always right okey....

0 comments: