twitter

Daisypath Happy Birthday tickers>

Hmm...kadang2 betul orang cakap,lebih baik kita meluahkan apa yang terbuku dalam hati kita ini dari kita simpan..sebab, kalau kita mampu untuk menyimpan apa sahaja kenangan pahit yang telah kita lalui dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku sangat membahayakan..ia akan menjadi nanah dan lama2 ianya memakan segala isi dalamnya..seperti rasa sedih,geram,pahit dan sakit..mungkin boleh ditutupi dengan sifat sabar yang tinggi..tapi,sekiranya secara tak sengaja ianya dikenang semula, ianya menjadi duri yang menerbitkan luka yang boleh menbunuh antibodi kesabaran itu..  and i feel better now..  lega sangat sebab aku dah luahkan apa yang terbuku dihati ini yang selama ini aku pendam..

Pada dia yang memahami maksud entri ini, aku nak minta maaf dengan apa yang aku luahkan pada kamu.  bukan niatku untuk menyakiti kamu..sebagai seorang sahabat, aku rasa tak salah sekiranya dia meluahkan apa yang dia rasa, apa yang dia pendam selama ini..yang kamu tak tahu..sebenarnya..sahabat yang banyak menyimpan kisah suka dan duka ini selalu mendoakan kamu semoga kamu bahagia dengan kehidupan kamu..walaupun mungkin kamu tak pernah mengingatinya..namum, sahabatmu ini tidak berkecil hati..mungkin aku gagal untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk diri kamu walaupun kita telah menjalinkan persahabatan dalam tempoh yang agak lama..mungkin teman baik mu sekarang lebih baik dan memahami dirimu daripada aku..maafkan aku ya sahabat...

Sempena Ramadhan kali ini, aku medoakanmu agar diberi kekuatan untuk bangkit dari kesedihan yang kamu alami..aku juga mendoakan semoga Allah S.W.T memberi kekuatan kepada kamu untuk kuat menempuhi dugaan yang mendatang ini..lupakan kesedihan yang telah melanda dirimu dan carilah kebahagiaan dirimu kerana kamu berhak mendapat kebahagian untuk dirimu..hargailah mereka2 yang menyayangi kamu dan janganlah kamu sakiti mereka lagi..

Aku mendoakan yang terbaik buat kamu walaupun dari jauh...ketahuilah,sesungguhnya sahabat mu ini tak pernah melupakan kamu dan sentiasa bersama kamu sekiranya kamu memerlukan aku....

insan yang pernah terluka...

Aishah Zakaria.....

0 comments: